Monday, 4 August 2014

Yngwie Malmsteen - Trilogy LP (1986)

Album gitar hero yang paling terkenal dari awal 80an sehingga sekarang yang menjadi idola pelbagai gitaris di seluruh dunia..



Aku bukan lah peminat tegar Malmsteen,sebelum ni hanya pernah memiliki kaset Rising Force,dan kebetulan ramai gitaris era rock kapak dulu menjadikan Malmsteen ni sebagai idola.aku pun teringin jugak nak tau apa yang best sangat pasal Malmsteen ni..
Album ini pun secara kebetulan pernah di rekomen oleh member yang memang peminat tegar Malmsteen,terjumpa secara tak sengaja di Amcorp,tanpa berlengah aku pun terus beli.

belakang.tema ala2 Lord Of The Ring

songlist


Album ini juga Malmsteen tujukan khas buat bekas perdana menteri Sweden (beliau memang kelahiran Sweden) yang mati di bunuh pada tahun 86 jugak.pertama kali bila aku putarkan kat turntable player aku,aku memang suka dengan soundnya.sound rock era 80an memang sedap.walaupun pada ketika itu masih lagi berteknologikan analog,sound gitar Malmsteen tetap menusuk kalbu.di tambah pulak dengan vokal Mark Boals (aku pun baru cekidot kat wikipedia pasal dia ni) yang serupa dengan vokal Michael Vescera,part jerit nada tinggi tu memang power!

lirik


piring


Trek pertama 'You Don't Remember,I'll Never Forget' memang menarik.siapa yang follow Malmsteen mesti tau yang beliau ni memang peminat muzik classical.stail neo classical muzik beliau memang di gabungkan dengan elemen classical dan rock.'gorengan' gitar beliau takyah cerita la,solo gitar beliau pun ada mood.kalau lagu sedih solo pun ikut sedih,kalau lagu heavy solo dia betambah laju dan menggila.tak hairan la kalau Herman Li dan Sam Totman (Dragonforce) pun banyak terpengaruh dengan solo2 dari Malmsteen ni..
Lain2 lagu yang best seperti 'Queen In Love' 'Crying' 'Fury' 'Fire' 'Dark Ages' dan 'Trilogy Suite Op: 5' memang terbaik..
Nak ulas panjang2 pun aku bukannya pandai sangat,mungkin lepas ni aku try dengar album2 Malmsteen yang lain pulak.apa pun ini album memang best..


p/s : jangan keliru antara Malmsteen dan M'steen (artis rap awek seksi dulu2 tu)heheh..

7 comments:

  1. album ni memang berbaloi kalau punye lp..cover art tu epic bro..aku memang suka kalau cover jenis lukisan tangan ni..

    ReplyDelete
  2. masa zaman sekolah aku paling suka kaset Marching Out.Asyik dengar je...
    then masa pertama kali Rising Force datang sini main, then dorang start main lagu I Am A Viking and then cam happy sangat la...
    Dah punye lama dah aku tak dengar dah si Yngwie Malmsteen ni..

    ReplyDelete
  3. wahhh tamparan malmsteen, ko cerita ni aku terus masuk youtube dengar haha.berapa tahun ye? sepuluh tahun atau lebih tak dengar dah ni semua haha.... dekni dia suka Ritchie Blackmore.. kan dia ada cerita kat mana masa dia budak2 dengar2 LLRNR album baru keluar, side A dia tak berkenan langsung, terus masuk Gates Of Babylon then dia happy gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1986-2014..dah 28 tahun dah..heheh..tapi album2 era 80an dalam lp mmg sedap bunyinya..

      Delete
  4. giler arr...zaman sekolah tahun 80an dulu mana ada budak rock melayu yang tak giler malmsteen...

    ReplyDelete
  5. Best ini album. Cover artwork pun cantik!

    ReplyDelete