Tuesday 19 August 2014

The Family (2013)


Melayan filem ni sebab ada Robert De  Niro dan arahan dari pengarah filem terkenal dari Perancis yang selalu terbitkan filem berunsur thriller dan aksi iaitu Luc Besson.

Filem yang bergenrekan crime comedy ini mengisahkan tentang tentang satu keluarga mafia yang di lindungi oleh FBI protection program.keluarga ni terpaksa berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebab mereka ni menjadi buruan sekumpulan mafia yang ingin membunuh mereka sekeluarga.mereka memilih Perancis sebagai tempat perlindungan terbaru.di sebabkan ingin menyesuaikan diri dengan tempat baru ini,pelbagai kerenah dan kejadian yang agak melucukan berlaku sesama mereka.dari bapak sampai ke anaknya memang beperangai mafia..heheh..

Overall filem ni memang best la..tak bosan,penuh dengan komedi yang bersahaja dan sedikit aksi,lakonan komedi Robert De Niro dan Michelle Pfeiffer memang best la,walau sebelum ni filem lakonan diorang kebanyakkan nya serious je,tapi watak yang diorang bawa dalam filem ni memang lucu dan terbaik.sesapa yang belum pernah tengok movie ni kena layan.memang best.

3/5


5 comments:

  1. Replies
    1. Dvd jack sparrow..aku tak berapa suka sangat Layan movie kat PC/laptop

      Delete
  2. Thank you for the rekemendation. Baru aku tahu wujud pilem ni

    ReplyDelete
  3. Robert De Niro akhir2 ni filem dia dah kurang kick la....

    ReplyDelete
  4. ya ke? wah..harus cari filem ini.
    macam best jer...

    ReplyDelete