Queen |
Pasti kita semua mengenali atau pernah mendengar lagu 'We will rock you’ bukan? Lagu dari kumpulan Queen ini pasti akan kedengaran setiap kali berlangsungnya temasya sukan suatu ketika dahulu. Lagu ini juga merupakan pasangan kepada lagu ‘We Are The Champion’ hasil ciptaan Freddie Mercury dan sering dimainkan secara berpasangan oleh stesen radio.
Disebalik populariti lagu ini, tersimpan satu fakta menarik untuk dikongsikan, iaitu pembikinan lagu ini turut menggunapakai pengetahuan dalam ilmu fizik. Lagu ini dicipta pada tahun 1977 oleh pemain gitar utama bagi kumpulan Queen, Brian May. Beliau memiliki ijazah dengan kepujian dalam bidang fizik dari Imperial College London, salah sebuah universiti terkemuka di UK. Identiti utama bagi lagu ini sudah tentunya pada rentak ‘stomp-stomp-clap’ yang menggunakan kombinasi hentakan kaki dan tepukan tangan. Menurut Brian May, rentak ini dicipta dengan tujuan untuk mewujudkan kesatuan dan interaksi antara penonton dan kumpulan Queen setiap kali lagu ini dipersembahkan secara live.
Sewaktu sesi rakaman bagi lagu ini, Brian May ingin mewujudkan satu kesan audio dimana bunyi rentak ‘stomp-stomp-clap’ ini seolah-olah dihasilkan oleh seribu orang. Namun pada waktu itu belum ada lagi mesin audio yang boleh menghasilkan kesan sebegitu. Di sinilah Brian May menggunakan pengetahuan fiziknya dalam bab hubungan antara gelombang bunyi dan jarak. Menurut Brian May, kesan audio ini dihasilkan dengan merakamkan bunyi rentak tersebut berulang kali pada jarak yang berbeza dari mikrofon. Jarak antara mikrofon dan sumber bunyi ini pula ditetapkan mengikut nisbah nombor perdana.
Rakaman audio bagi rentak ini kemudiannya dilapiskan satu sama lain dan dijarakkan sedikit bagi menghasilkan kesan seakan sebaran bunyi dari pelbagai arah. Akhirnya kesan audio ini berjaya dihasilkan dengan hanya menggunakan empat orang ahli kumpulan Queen sahaja.
Pada konsert Live Aid tahun 1985, kesan audio yang sama telah berjaya dihasilkan oleh 75,000 orang yang membanjiri stadium Wembley. Objektif penciptaan rentak ini oleh Brian May juga turut berjaya dicapai. Persembahan ini diiktiraf oleh pemuzik profesional dan pengkritik sebagai antara ‘Persembahan live terbaik sepanjang zaman’.
Kali terakhir lagu ini dipersembahkan di temasya sukan secara besar-besaran adalah sewaktu acara penutup Sukan Olympics London 2012
bagus infonya..
ReplyDeletekalau tak silap, brian may sekarang dah PhD
ReplyDeletenice info, thx bro
ReplyDeletelagu ni dari tahun 70an...sampai sekarang...dan mungkin seterusnya untuk tahun2 akan datang akan terus menjadi lagu anthem untuk acara2 besar...hebat!
ReplyDeletebum bum cak bum bum cak
ReplyDeleteFizik/فيزيک (dari Greek dari φυσικός (phusikos): semula jadi, daripada φύσις (fysis): alam semula jadi) adalah sains semula jadi; ia adalah kajian mengenai jirim[1] dan pergerakannya menerusi ruang dan masa serta semua yang datang daripada mereka ini, sebagai contoh tenaga dan daya.[2] Apabila ia dilihat secara lebih luas lagi, ia adalah suatu analisis terhadap alam semula jadi dikendalikan agar dapat memahami bagaimana dunia dan alam semesta bertindak. [wikipedia]
ReplyDeletehebat pengetahuan bro Rafi berkenaan dengan ilmu fizik nie.. nanti cuba bro kupas pulak lagu2 yg bercirikan meta-biologi pulak.. boleh kan gitu ?
ReplyDeleteinfo yg menarik..tq bro..
ReplyDeleteLive aid masa Queen main memang legend. About 20 minutes plus ke or what aku dah lupa.
ReplyDeleteradio gaga nye audience participation was like best giler