Monday, 30 January 2017

Malaysia Pro Wrestling



Malaysia Pro Wrestling (MYPW) merupakan arena gusti profesional pertama di Malaysia dan dikunjungi lebih 400 penonton setiap kali dilangsungkan di Ku-Ash Theater, Taman Tun Dr Ismail.
Selain daripada melakar sejarah baru buat sukan tanahair, atlet-atlet gusti dari seluruh Asia Tenggara seperti Singapura, Vietnam, Filipina dan juga Jepun turut dilatih secara profesional di pusat pembangunan bakat MYPW.





Biarpun jenis perlawanan sama seperti yang ditayangkan rancangan Raw atau Smackdown sebelum ini, peluang melihat rakan senagara mempamerkan aksi sepenuh tenaga dalam gelanggang memberi kepuasan tersendiri apatah lagi kemunculan objek asing seperti kerusi besi, rotan, dan besi pemangggang turut digunakan bagi melemahkan lawan masing-masing.
Acara ini turut diserikan dengan kehadiran beberapa selebriti tanahair seperti jaguh bina badan Negara Sazali Samad, Yank Kassim, Julia Ziegler, Fizz Fairuz, Amar Asyraf dan ramai lagi.





Yang paling mencuri perhatian pastinya adegan Raja Repot Malaysia, Ayahanda Abdul Rani Kulop Abdullah yang terlibat dengan insiden perbalahan dengan salah seorang penggusti, Furious Faizal yang berani mencabar dan menolak beliau yang menonton di sisi gelanggang ketika itu.
Natijahnya, satu pergelutan kecil berlaku dan Ayah Lop sempat menghadiahkan beberapa libasan tongkat ke belakang Furious Faizal

Untuk keterangan lanjut MyPW boleh dilayari dilaman Facebook rasmi :
https://www.facebook.com/MyProWrestling/


p/s : aku pun baru tahu pasal kewujudan Malaysia Pro Wrestling ni.boleh la nanti Malaysia hantar wakil pergi WWE.

Sumber : https://www.facebook.com/sengalparanormalteam/?fref=ts

8 comments:

  1. ada pasaran untuk entertainment wrestling kat rantau ni. Hardcore peminat dia walau sikit.
    ada dokumentari aku tengok kat mana entah, tv kot? pasal local entertainment wrestling.

    ReplyDelete
  2. Wow, menarik! Siap ada nama Serigala lagi. Patut kena ada sorang nama Badang ka atau Pendekar Mustar, baru sempoi..

    ReplyDelete
  3. lagi best kalau masih ada yang komen "ini semua lakonan", kah kah kah...

    ReplyDelete
  4. kalau ada keluar kat tv best jugak ni...

    ReplyDelete
  5. best juga. badan kena kasi rip dan sasa lagi la.hehe

    ReplyDelete