Thursday, 5 January 2017

Rusty Blade - Rintangan Hidup Dunia (1987) Reissue 2016

Tahun 2017 album ni genap 30 tahun.




Antara album rock terbaik dari kota singa.siapa yang tak kenal Rusty Blade,antara 'big four' dari Singapura seangkatan dengan Lovehunters,Rockers dan Helter Skelter.(ini dari pandangan aku lah,aku tau ramai kecam Helter Skelter pasal lagu Helloween tu kan?heheh...)Rusty Blade juga di beri gelaran sebagai 'Iron Maiden Singapura' kerana lagu2nya memang kuat pengaruh dari Iron Maiden.so sesiapa yang minat IM mesti minat Rusty Blade punya.

Ok,pertama sekali aku nak cakap pasal cd reissue ni ialah senarai lagunya.ada sedikit kesilapan teknikal.lagu 'Kehilangan' versi instrumental tu sebenarnya lagu instrumental 'Mahkota Sukma' dari album 'Awas' dan ada penambahan trek lagu terakhir yang bertajuk 'Gadis Lincah' dari album 'Ikrar Perwira',dan juga tajuk lagu 'Tarian Duka' jadi 'Tarian Luka'.(berjangkit dengan Sony Music ke ni?heheh..)tak tau la sama ada kesilapan teknikal atau pun pihak Life Record memang nak bagi lagu bonus kot.tapi sepatutnya kalau versi cd ni ikut sama macam kaset pun ok,kat inlay pun takda gambar band member Rusty Blade,cuma ada lirik je.yang ni memang aku sedikit kecewa la..harap pihak Life Record peka pasal ni.sebab reissue keluaran mereka sebelum ni ok je takda masalah.





Dan yang keduanya untuk lagu2 dalam versi cd ni soundnya memang puas hati.memang dari master tape asal kot.sound analog 80an dengan bunyi yang lagi sedap.senang cakap macam album2 Judas Priest dan Iron Maiden era 80an yang di remasterdkan.memang berlemak bunyinya kan?.yang paling best di dengar ialah kerja gitar Khalid Mobin tu.

Akhir sekali lagu2 yang ada dalam album ni yang menjadi lagu kegemaran aku sejak dulu sehingga sekarang:

-'Langsuir Liar'- Lagu seram ala King Diamond.memang lagu seram terbaik sepanjang zaman la,band heavy metal melayu cerita pasal langsuir,antara kisah seram yang menjadi mitos dalam lagenda seram melayu zaman berzaman.tahun 1987 aku baru darjah 5,bila abang aku pasang lagu ni memang aku takut betul,part intro bunyi gitar dengan bunyi anjing menyalak tu sampai aku nak tidur malam pun teringat2 je..heheh..dan kalau nak tau,sampai sekarang lagu ni kalau malam memang aku skip (sehingga la ketika entri ini di tulis)..heheh..sampai sekarang pun terasa aura seram dia woo..

-'Taming Sari' - Walaupun di gelar 'Iron Maiden Singapura' Rusty Blade tetap tak lupa sejarah.antara lagu sejarah kegemilangan Melaka,Hang Tuah lima bersaudara dan juga keris Taming Sari.selain dari lagu 'Taming Sari' ni,Rusty Blade juga pernah buat lagu 'Jasa Tok Janggut' pendekar terkenal dari Kelantan.susunan muzik untuk lagu 'Taming Sari' ni pun best,lagu yang menaikkan semangat dan aura Hang Tuah tu pun terasa bersama dengan jeritan Yantzen tu.

-'Ketagihan'- intro drum dan riff lagu ni best.lagu berunsur nasihat.dulu kalau kata dengar dan minat muzik rock je kan mesti di kaitkan dengan dadah.walaupun rockers tu tak main dadah tetap di labelkan sebagai 'mat pet'.lagu ni memang kuat pengaruh Maidennya.tapi best.






-'Rintangan Hidup Dunia' - Lagu nasihat dan juga lagu untuk mengajar kita jadi sendiri,mencapai impian yang di impikan dan jangan putus asa.antara liriknya yang berbunyi "capailah kemenangan dengan sikap bistari.musibah melewati tiada lagi merugi".siapa kata muzik rock tu melalaikan?banyak lagu2 rock melayu yang berunsur nasihat sebenarnya.

-'Tiada Lagi Aku' - Lagu kecewa, mid tempo yang kena dengan mood lagu.stail vokal Yantzen pun dengan nada kecewa.memang kena la dengan lagu,lagi pulak dengan solo yang mendayu2 tu melengkapkan emosi kecewa keseluruhan lagu  ni.

-'Penantian' - Ini pun sama lagu kecewa jugak.lagu di tinggalkan kekasih hati.suara Yantzen pun bunyi sedih je.memang terbaik la di tunekan suara dia sesuai dengan mood lagu sedih ni.

Itu la antara 6 lagu yang paling aku suka dalam album ni.tetapi album ini masih boleh di kategorikan antara album rock terbaik sepanjang zaman dari Rusty Blade.kalau anda peminat Rusty Blade mesti kena dengar album ni.dengar cerita versi piring hitamnya akan di keluarkan dalam tahun ni jugak.memang pecah tabung la jawabnya..heheh..

12 comments:

  1. tak ada lagu "terciptalah kasihku"? ni lagu RB kegemaranku sepanjang djaman

    ReplyDelete
  2. ko cakap ni baru aku perasan typo tu semua…cd ni aku beli…bukak plastik…ambik gambo…tampal dalam blog…dan terus simpan kat rak cd…tak belek dan dengar langsung….

    pasal pada aku tak best…selain full cover…dorang just salin kulit jer dari versi siri rock lagenda tu….hampeh!..

    Harapnya versi lp nanti lebih menarik…

    ReplyDelete
  3. rusty blade memang best kerana aura yg ada pada yantzen & juga khalid mobin... tapi bila yantzen berhijrah kpd kumpulan May, langsung aura itu pupus, kenapa agaknya yer ? salah May ke, Salah Yantzen...? atau salahkan ibu mengandung..hahahah

    ReplyDelete
  4. I like this album.
    Cuma aku nak cakap, aku sebagai peminat, sebagai pembeli kaset2 melayu zaman dulu, tolonglah jangan bodohkan peminat, cakap kau punya hits no 1, yang popularkan nama band kau, kau cakap kat sokkabar tu satu kebetulan dengan satu band German nama Helloween.
    Dari situ ada fedup sikit, aku rasa diri aku kena bodoh.
    Tapi aku suka lagu Melissa. haha

    ReplyDelete
  5. Teringat versi cover Langsuir Liar (Another Side) dengan Rintangan Hidup Dunia (ACAB)

    ReplyDelete
  6. Teringat versi cover Langsuir Liar (Another Side) dengan Rintangan Hidup Dunia (ACAB)

    ReplyDelete
  7. Tajuk album 'Rintangan Hidup Dunia' memang releven sepanjang tahun dan zaman. sentiasa ada rintangan dan cabaran dalam hidup. 'Penunggu" adalah lagu genre doom metal terbaik versi Melayu paling hebat pernah dihasilkan. 'Langsuir Liar' pula genre heavy metal generasi baru yang terbaik!

    ReplyDelete