Monday, 7 March 2016

May - Wira Cyborg CD (1994)

Cetakan semula album 'Wira Cyborg' yang pernah di terbitkan pada tahun 1994 dahulu..



Tahun 1994 merupakan tahun bagi muzik grunge/alternative menguasai pasaran muzik dunia,tapi di Malaysia pada ketika itu scene rock nya seakan2 dah mati,yang ada pun cuma rock jiwang2,tak boleh di panggil rock jiwang sebenarnya tapi 'pop leleh'..heheh..kejayaan kumpulan Ukays dengan 'black album' album jiwang lelehnya sedikit sebanyak terkena tempiasnya kepada band lain termasuk la kumpulan May ini.

Berbanding dengan album May yang sebelum ini iaitu Ziet Geist,album 'Wira Cyborg' ini walaupun di terbitkan oleh penerbit yang sama iaitu Allahyarham Samad Lefthanded,tapi tak se-heavy album yang pertama,album ini walaupun ada juga lagu2 keras,tetapi keseluruhannya tak macam album mereka yang sebelum ini.






Seperti kata Berteromber,Yantzen cuba membawa pengaruh Rusty Blade dan Iron Maiden dalam album ini.ada juga lagu2 yang menarik walau pun tak sehebat album pertama.cuma yang tak bestnya lagu 'Suci' tu terlalu meleweh sangat (ya lah sebab ciptaan Saari Amri) cuma apa yang aku perasan lagu2 ciptaan May dalam album ini kebanyakkan nya berentak mid tempo kecuali 'Steel Warriors' dan 'Exorcism' yang memang heavy.vokal Yantzen untuk kedua2 lagu ni pun best,ala2 Rob Halford Judas Priest.












Packaging album ini masih sama seperti tahun 1994 dulu,cuma jewel case nya agak berkualiti,(ada logo SRC pada jewel case) memang aku puas hati la (komplen hanya parodi tak perlu hubungi Suria Records.. :p)

Terima kasih SRC sebab menerbitkan kembali album ini,secara keseluruhannya album ini masih boleh di dengar,cuma kalau dah biasa dengar May zaman Mus,memang susah sikit la nak terima stail muzik baru May ni.pada aku May ubah sedikit stail muziknya kerana tidak mahu muziknya statik.cuma merubah sedikit tetapi 'roots' nya masih beridentitikan May.

Ulasan menarik dari Berteromber juga boleh jenguk di sini :
http://berteromber.blogspot.my/2014/02/wira-cyborg.html#comment-form

6 comments:

  1. May lama tak buat album ye, Sinar was good and they play live songs from that album.
    harap May nye reissues ni dapat sambutan so May nak buat new album. Cost factor kot salah satu stumbling block.
    untuk aku May is Mus 》onie 》 yantzen.
    Tak reti aku yantzen dalam May haha.

    ReplyDelete
  2. dah jadi parodi ye komplen kat syarikat rakaman...

    ReplyDelete
  3. baru dgr kaset ni semalam.. layan juga..

    ReplyDelete
  4. harap kalau takder aral melingtang dapat la tengok MAY/XPDC live kat Plaza Angsana 30 April depan...jom turun...

    ReplyDelete
  5. Saya layan MAY hanya ketika mereka bersama Yantzen...Rasanya lebih ngam dan rugged sound mereka...

    ReplyDelete
  6. seb bek ade lagu Suci tu.. klu tk aku xde semangat nk beli album ni...hehehe

    ReplyDelete