Friday, 10 March 2017

John Wick Chapter 2 (2017)

Yang baru di tonton..



Dalam tahun 2017 ni,aku masuk panggung wayang cuma dapat tengok John Wick 2 ni je.itu pun sebab rakan sekerja yang ajak.kalau aku sorang memang tak pegi la.tak best kalau tengok wayang sorang2..heheh..

John Wick bahagian kedua ni mengisahkan kisah yang berlaku selepas bahagian pertama.empat hari selepas John Wick berjaya membunuh ex boss dia yang merupakan mafia terbesar di New York.pembukaan cerita je dah sarat dengan aksi.kerana John Wick nak ambil balik kereta Ford Mustang dia yang di curi oleh anak ex boss dia.Dia sebenarnya nak bersara dari jadi pembunuh upahan,tetapi bekas rakan kongsinya memaksa dia untuk kembali ke dunia jenayah.jalan cerita yang selanjutnya aku taknak la cerita panjang.tapi kalau untuk peminat filem aksi boleh tengok la filem ni.jalan ceritanya simple je,babak aksi dan permainan senjata dari Keanu Reeves memang kena la dengan watak dia mengingatkan aku pada filem 'The Matrix'.Keanu Revees walaupun dah masuk 50an masih lagi maintain macho dengan watak John Wick ni.

Pada sesiapa yang rindukan aksi Keanu Reeves lagi pun dia dah lama tak belakon filem aksi,boleh la layan filem ni.mungkin ada sambungan lagi filem ni.

*3/5

6 comments:

  1. John Wick adalah cerita yang kita tengok untuk aksinya...tak perlu pikir...enjoy...

    ReplyDelete
  2. aku lagi suka gerak solo tengok wayang, sebab aku boleh pilih sendiri movie apa yang aku nak tengok, kalau dengan kawan ni kadang2 pilihan kena reject wahaha.. tapi best juga kalau dengan kawan bila sudah tahu filem apa nak tengok. macam tu hari aku nak tengok lego batman tetengok pula john ni, sudahlah aku belum tengok no 1 nya tu, lepas tu kawan yang sudah tengok tu cerita lagi dalam panggung lucu beb haha.. balik dari tengok john 2 ni aku p sedut no 1, baru lah aku faham ceritanya macam mana. betul kata berteromber tak perlu fikir just enjoy ja movie, kalau baca komen2 kat page2 movie hentam john ni, dorang ingat ini kisah benar kah, sekadar hiburan saja, mesti lah staring tapi kalau mati macam mana nak buat cerita. hahaha aku tunggu juga john wick 3. lagi satu fakta kenapa aku tak kenal dia ni pelakun metrix tu wahahaha

    ReplyDelete
  3. apasal tak best tengok sorang2?
    paling gerek tengok wayang sorang2, duk kat seat tiga atau empat dari depan,
    yang konfem sekeliling takde orang, duk macam orang takde tulang belakang, sandar malas, lutut tekan kat belakang seat depan...
    HEAVEN!!!!!!!!!!!!!!! Tapi mata dan kepala kena pusing kiri kanan pasal skrin besar sangat nak tangkap scene

    ReplyDelete
  4. john wick 2 belum tengok. dah jarang tengok wayang. paling syok dulu pernah duduk dalam panggung ada 3 orang saja. memang selesa habis, kaki lunjur ke seat depan!

    ReplyDelete
  5. thats for kucing2 longkang kucing2 bawah blok dan kucing2 merempat.
    I KNOW HOW THEY FEEL. HAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete