Tuesday, 28 March 2017

Kembara Seniman Jalanan OST (1986)

Lama tak update asek sibuk mengejar dunia je..





Lagi album klasik yang dah 31 tahun.bersama2 dengan filemnya yang boleh di katakan cult classic.ramai yang tak faham dengan tema filem ini,sebab banyak babak yang di potong oleh Finas.dan filem KSJ sebenarnya memperjuangkan masalah cetak rompak,kehidupan masyrakat melayu yang agak terpinggir di Kuala Lumpur yang telah di kastakan sejak dulu lagi.pada sesiapa yang belum pernah tengok filem KSJ,aku cadangkan tengoklah filem ini,antara karya terbaik Nasir Jani bersama2 M.Nasir,Pyanhabib,Ito Blues Gang dan juga Dr.Sam.





Album soundtrack KSJ ini di terbitkan oleh M.Nasir,kesemua lagu dalam album ini semuanya di tulis oleh M.Nasir sendiri kecuali lagu 'Balada Pemuzik Jalanan' dari kumpulan Search.takda lagu yang tak best dalam album ni.kesemua 10 lagu dalam album ni aku dengar tanpa skip pun.sayangnya sewaktu album ni keluar 30 tahun yang lalu takda siapa pun ambil peduli.baru sekarang la ramai yang nak mencari album klasik ni.
Apa yang menarik ialah lirik2 dalam album  ni seperti lirik lagu 'Sesat Di Kuala Lumpur',"Siapa Orang Kita','Cetak Rompak' (kalau dengar lagu ni macam lagu pop china,so fahamla kan M.Nasir sindir siapa pasal cetak rompak ni) 'Balada Osman Tikus' (riff gitar dalam lagu ni agak heavy) dan juga lirik 'Rupa Tanpa Wajah'





Keseluruhan album ni memang best la,walaupun aku tak pernah dengar masa tahun 1986 dulu,bila dengar baru sekali putar cd ni je dah best.sound untuk cd reissue ni pun ok la takda masalah memang aku tahu sumbernya dari piring hitam.beli lah album ni,memang tak rugi.dengar cerita Nasir Jani nak terbitkan filem Kembara Seniman Jalanan part 2 pulak.boleh baca kisah ni kat sini :


p/s: suka solo dalam lagu 'Duit' siapa yang menyolo dalam lagu tu eh?

10 comments:

  1. "Kehidupan masyrakat melayu yang agak terpinggir di Kuala Lumpur yang telah di kastakan sejak dulu lagi..."

    Bro, nak tanya sikit - masa tahun gambaq ni keluaq kira masyarakat Melayu yang terpinggir kat KL, ataupun gambaq ni pasai orang Melayu yang dalam kelompok terpinggir?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal masyrakat melayu yg tepinggir kat kl.pasal cetak rompak,pasal kehidupan yg di tindas.kalau belum tengok,kat youtube ada full movie dia.boleh layan

      Delete
  2. dalam list ni.. aku ada tgk filemnya dekat youtube, nasiblah org masukkan tu dia masuk sikit2 jadi waktu rehat dapat tgk satu. sampai abis.

    ReplyDelete
  3. Sayang dalm track lagu album ni tak diselitkan lagu Jiwa Jiwa Luka (Search). Kira ciplak dari lagu asal Rupa Tanpa Wajah.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah dengar masa keluar dulu...kurang nilai nostalgia...makanya lambat sikit la kalau nak beli...

    ReplyDelete
  5. Album ni mmg best..bg peminat M. Nasir sdh tentu kena beli... aku hrp album2 OST arahan nasir jani ni dpt di cdkan...antaranya Rozana Cinta 87.. dan Kepala Angin..

    ReplyDelete
  6. Nanti nak kena layan balik citer nie, dah tak ingat dah..membesar dengar lagu2 Kembara sbb abg aku pernah pasang, tapi taklah minat sangat..

    Adoi, baru tahu lagu Jiwa Jiwa Luka tu asal dari Rupa Tanpa Wajah

    ReplyDelete
  7. Puas membeli menang mendengarrrrr....

    ReplyDelete
  8. Duit eh? wakakaka. Bukan A Ali kot? lagu ni dua2 show Kembara reunion mark 1 and mark 2 kat Singapore dan Malaysia dorang main, aku dah lupa lak....

    ReplyDelete
  9. dalam filem ni ka yang Imuda komplen tak boleh simpan rambut panjang?

    ReplyDelete