Monday 7 December 2015

Belantara s/t (1987) Reissue 2015

Akhirnya setelah 28 tahun berlalu..




Sejujurnya aku mengenali Belantara hanya melalui album kedua,'Srikandi Disisi' antara album progresif rock melayu terbaik yang betul2 aku minat juga akan di riliskan pada masa terdekat ni.tetapi setelah mendengar kesemua lagu dalam album pertama ini,ternyata Belantara memang bukan calang2 band,pujian dan ulasan dari Berteromber di blog beliau Kat Sini memang aku setuju sangat lah,memang susah nak jumpa band rock melayu pada tahun 80an yang memainkan muzik rock lebih 'unik' dari band2 rock yang lain pada ketika itu.



tengok logo tu tetiba aku teringat logo kartun 'Thundercats'..heheh




"Negaramu Yang Utama"


Album pertama Belantara ini di terbitkan oleh Belantara dan Hillary juga di bantu M.Nasir untuk lagu 'Dewi' (menurut blog Berteromber M.Nasir suka kat lagu ni) Belantara di anggotai oleh Zaid,Syuk dan Aziz.diorang ni memang pemuzik professional.Belantara di tubuhkan ketika mereka masih lagi belajar di Amerika.(kalau album ni rilis kat amerika,confirm diorang ni dah boleh masuk Rock n Roll Hall Of Fame) stail muzik mereka yang unik ala2 Queensryche sesuatu yang peminat rock belum boleh terima pada zaman itu,tetapi menjadi sejarah dan lagenda selepas 28 tahun.lagu2nya memang menarik,vokalisnya Zaid walaupun vokalnya tak mengikut tune (seperti Rolling Stones,Mick Jagger pun nyanyi tak ikut tune) tetapi stail vokal dan muziknya memang kena dengan setiap lagu.
Album pertama Belantara ini juga unik,kerana lagu2nya hanya berkisarkan tentang kehidupan dan semangat juang.takda ada lagu jiwang leleh dalam album ini kecuali lagu 'Dewi' je lah.tapi lagu 'Dewi' pun bukan la slow rock.lagu mid tempo yang boleh tahan menarik.yang lain2nya semua lagu hard rock ala Queensryche seperti 'Belantara' 'Jentera Pemusnah' 'Kepangkuan Ibunda' 'Jebat' (track fav.ni) dan 'Sutra'.





Sound untuk reissue ni ok lah best,walaupun sumbernya dari piring hitam.memang berbaloi di riliskan kembali album ini.antara album progresif rock melayu dari Belantara yang terbaik sepanjang zaman.lepas ni nak tunggu album 'Srikandi Disisi' pulak.

Ini album memang terbaik.rugi kalau tak dengar.betul2 legend album ni.


7 comments:

  1. Soundnye mmg terbaik...xrase mcm dri piring hitam pun klu dgr walaupun mmg dri piring hitam...kredit wt tukang mastering fauzi marzuki...

    ReplyDelete
  2. amboi... rock n roll hall of fame terus... haha
    k aku belum gi kedai kaset melayu lagi...
    tapi aku nak beli ni, dan desire. hahaha

    ReplyDelete
  3. nice review...bnyk sgt album2 lama re-issue, jenuh nk kejar

    ReplyDelete
  4. wow terasa terus mau beli ni...aaarghh

    ReplyDelete