Tinggal beberapa hari je lagi nak masuk tahun 2016.ada la beberapa benda yang boleh di katakan terbaik pada aku walau pun tidak pada orang lain.
Ok ni antara yang terbaik sepanjang tahun 2015
Permainan Video Terbaik : Metal Gear Solid V The Phantom Pain.
Gameplay,jalan cerita yang menarik,dengan grafik yang sangat2 mengujakan antara game yang selalu buat aku lambat tidur..heheh..sayangnya ini game Metal Gear terakhir keluaran Kojima Productions,pencipta watak hero ini ialah Hideo Kojima,kerana beliau telah meletakkan jawatannya sebagai perkeja,director dan pembina game bagi company Konami ni.(dengar cerita beliau telah di pecat,tapi memang rugi la sebab kerana francais game Metal Gear ini la Konami untung berjuta dollar).
Drama Terbaik : Fear The Walking Dead
Sori eh,bukan drama melayu yang mengarut merapu tu,drama melayu pun memang aku tak tengok,minda tak bekembang tengok drama melayu ni.untuk series,aku suka Fear The Walking Dead ni,walaupun pada mulanya aku rasa macam tak best je bila pertama kali layan,tapi sesiapa yang dah tengok series 'The Walking Dead' yang ini merupakan prequel sebelum kisah Rick and the gang tu.memang tak mengecewakan la.
Rilisan Semula Terbaik : Search - Di Pintu Sepi/Berpaling,Junction - Petualang
Junction album Pertualang tu kerana mereka cuba nak jadi sebuah band dan mereka berjaya,walau pun dah 25 tahun berlalu dan ramai yang terlepas pandang,album 'Petualang' merupakan album terbitan semula yang terbaik bersama2 album 'Di Pintu Sepi' dan 'Berpaling' yang mana aku ingat takkan di keluarkan semula tapi akhirnya muncul dalam bentuk cd pada tahun 2015 ni..
Album Thrash Metal Terbaik : Slayer - Repentless
Agak sukar nak menemui band thrash metal yang mengekalkan identiti sound pure thrash 80an dan Slayer berjaya dengan formula ini walau pun tanpa Jeff Hanneman.untuk album ini memang tiada masalah di telinga aku.
Album Heavy Metal Terbaik : Iron Maiden - The Book Of Souls
Yang ni memang tak perlu cerita panjang la,dah pernah ulas pasal album ni sebelum ni kan,tapi memang antara best album untuk tahun 2015.
Filem Crime Thriller Terbaik : Sicario
Antara filem crime thriller yang best pada aku.pelakonnya pun hebat2.aku tak mau spoiler,sila tonton sendiri..heheh..
Filem Aksi Terbaik : IP Man 3
Star Wars aku tak tengok lagi sebab tiket selalu sold out,filem aksi Hong Kong ni boleh tahan best jugak la..scene Donnie Yen bertarung dengan Mike Tyson tu memang menarik.
Buku Terbaik : Pentagram Di Atas Pusara
Karya sastera gelap sulung dari rakan blog dari Bintulu Sarawak iaitu Adi Herman.cerita2 yang unik dan melangkaui imaginasi yang tak pernah di fikirkan sebelum ni.
Lagu Rock/Heavy Terbaik : Iron Maiden - If Eternity Should Fail
Lagu yang selalu terngiang2 kat telinga aku dan antara track pertama dalam album 'Book Of Souls' yang aku suka dengar..heheh..
Dan akhir sekali...
Blog Terbaik 2015
Nak pilih salah satu memang susah,sebab semuanya terbaik,tak kira lah sama ada bloggers kenalan lama atau yang baru,semuanya terbaik.moga rakan2 blog semua tak jemu nak menulis/update blog.
Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua (pembaca,pengunjung dan rakan blog) yang akan berganti beberapa hari je lagi.moga rezeki kalian bertambah murah dan di kurniakan kesihatan selalu.
Wah wah wah...dah siap ada entri wrap up of 2015 gitu!
ReplyDeleteGood..good
Makanan feberet 2015, minuman, gerai makan feberet?
ReplyDeletesejak kena penyakit haritu memang bepantang terus.tu pasal takda gambo makanan sedap2..memang teringin sangat nak makan tapi apakan daya..heheh
DeleteAll the best utk 2016...semua movie yg ko sebut tu aku tak tengok lagi..
ReplyDeletebaru dapat menyelam dunia siber... 3-4 hari cuti krismas tak menyelam blog, terbatas, surfing guna semakfon tak best (setakat fb/ig/emel bolehlah)
ReplyDeletesteady...
ReplyDeleteyeay..teruskan berblog...
ReplyDeletemak oiiii buku aku ada jugak hahah tq tuan
ReplyDeleteSicario tengah sedut..
ReplyDeleteStars Wars sudah tengok.. movie yang patut tengok kat wayang sebab sound dan visual gempak..