Sunday 20 December 2015

Pan (2015)




Cerita fantasi Peter Pan ni aku rasa dah banyak kali juga di filemkan kalau tak silap.dengan versi kartunnya sekali.buku cerita tentang Peter Pan ini pertama kali di tulis pada tahun 1904 oleh J.M Barrie.beliau lah yang mencipta watak Peter Pan ini.oleh kerana filem ini bergenrekan epik fantasi,dengan teknik CGI yang agak menarik,aku pun melayan la sampai abis..

Filem Pan ni merupakan prequel sebelum terjadinya perseteruan atau pun permusuhan antara Peter Pan dan Captain James Hook.ia menceritakan bagaimana Peter Pan telah di tinggalkan di rumah anak yatim oleh ibunya sewaktu beliau masih bayi lagi.hidup di dalam tekanan dan penderaan di rumah anak yatim tersebut,pada satu malam Peter dan semua penghuni anak yatim telah di culik oleh lanun yang di ketuai oleh Blackbeard (lakonan Hugh Jackman,agak lawak juga beliau membawakan watak penjahat)mereka telah di bawa ke Neverland untuk di jadikan hamba abdi untuk bekerja di lombong kepunyaan Blackbeard.selepas itu bermulalah pelbagai aksi dan komedi yang agak menarik berserta dengan teknik CGI yang menarik.

Overall filem ini ok la best,memang sesuai untuk tontonan bersama keluarga,lagi pun memang filem untuk kanak-kanak.lakonan Hugh Jackman sebagai Blackbeard dengan aksi lawak dia memang best.pelakon baru yang melakonkan watak Pan iaitu Levi Miller berjaya membawakan watak Peter Pan dengan baik.part ramai- ramai nyanyi lagu Nirvana dan lagu The Ramones tu pun best..heheh..

Boleh layan..
*4/5

4 comments:

  1. Cerita peter pan sentiasa mewarnai zaman kanak2 semua org..wajib taw huhuul

    ReplyDelete
  2. aku tahu jack and the beanstalk, peter pan aku tak tahu.
    Pandora aku tahu yang Pandora box tu dalam banyak penyakit and all that haha.

    ReplyDelete
  3. aku xpernah tgk cter peterpan dulu...agaknye rtm jrg tayang cter ni dlu..xtau la..

    ReplyDelete
  4. anak aku minat kartun Jake and the Never Land Pirates...aku pun terlayan juga...heheh...

    ReplyDelete