Monday, 14 December 2015

Slayer - Repentless CD (2015)

Album terbaru Slayer tanpa Jeff Hanneman..




Sebenarnya aku lupa yang aku ada beli album ni rupanya..heheh..di sebabkan sibuk nak kumpul cd2  rock melayu reissue,lupa nak cerita pasal album ni,'Repentless' akhirnya berada juga di pasaran setelah berbagai kemelut yang di lalui Slayer dengan kematian tonggak utama Slayer iaitu Jeff Hanneman (beliau merupakan pencipta lagu2 klasik Slayer) dan juga pengunduran Dave Lombardo kerana masalah royalti.abaikan cover yang kontroversi tu dan juga kisah kontroversi pakcik2 Slayer ni,layan lagu2 dalam album dulu.



antara lagu yang ada dalam album ini






Lagu2 dalam album ini di katakan separuhnya adalah dari ciptaan Jeff juga.riff gitarnya masih mengekalkan trademark Slayer seperti album2 yang lepas.ketukan drum dari Paul Bostaph pun masih hebat lagi setanding dengan Dave Lombardo.lagi pun beliau juga pernah bersama Slayer sebelum ini,track pertama lagu instrumental 'Delusions Of Savior' merupakan track 'salam perkenalan' Slayer yang kembali bersama Paul Bostaph dan Gary Holt.banyak juga la lagu2 yang sekali dengar dah 'melekat' seperti 'Repentless' (video klip lagu ni aku suka sebab ada Danny Trejo) 'Chasing Death' 'Piano Wire' 'Implode' 'Pride And Prejudice' dan lagu mid tempo 'When The Stillness Comes'.



pakcik Tom



pakcik Kerry






Album ini di terbitkan oleh Terry Date (yang pernah menerbitkan album2 Pantera) mereka tidak lagi menggunakan khidmat Rick Rubin orang yang bertanggungjawab menjadikan mereka antara empat gergasi thrash metal era 80an.
Walaupun album ini mendapat kecaman hebat dari peminat tegar Slayer,pada aku album ini boleh di anggap yang terbaik.sound original thrash metal juga masih boleh di dengar dalam setiap lagu.pada aku cuma Slayer je yang masih  mengekalkan originalti thrash metal klasik.bukan seperti band heavy amerika era baru yang lebih pada Nu Metal.

Pada peminat thrash/heavy metal yang rindukan sound thrash metal klasik acuan 80an,boleh dengar album  ini.maafkan la pakcik Kerry tu sebab tak berapa pandai cipta lagu,cuma pandai riff dan solo yang menggila je..heheh..

Lagi pasal Slayer boleh jenguk kat blog Nekrobanger DI Sini.


7 comments:

  1. entahlah... aku sejak dulu tak masuk2 slayer ni, bukan jiwa aku kot? tapi teringin juga nak cari kompilasi

    ReplyDelete
  2. Slayer sebelum ni world painted blood dua lagu aku teruja, world painted blood dengan hate worldwide.

    Ni album belum ada chance dengar.

    ReplyDelete
  3. tak berapa follow sangat Slayer sejak Diabolus in Musica...bukan sahaja yang baru ni...World Painted Blood pun tak dengar penuh lagi...

    ReplyDelete
  4. stakat ni rasanya album GHUA yg byk pattern NU Metal...

    ReplyDelete
  5. perna baca kat majalah, sapa tak ada album slayer jgn ngaku metalhead.. kejam sungguh ayatnya

    ReplyDelete
  6. Cover dan tajuk lagu yang mengancam..

    Eh, ada kotak Darth Vader belakang tu..

    ReplyDelete