Monday, 29 May 2017

Battle Of The Bands - Round 2 (1986)

Dah 31 tahun album ni.aku lupa aku ada beli rupanya.heheh..ok sebelum tu aku nak ucapkan selamat berpuasa Ramadan Al Mubarak pada semua..



Oleh kerana demam rock 80an belum reda lagi pada ketika itu,di terbitkan pula bahagian kedua album Battle Of The Band ini.ALi Bakar adalah salah seorang yang bertanggungjawab menaikkan scene rock 80an pada ketika itu.dan pada yang taktau,album kedua2 album BOTB ini di terbitkan oleh Allahyarham M.Sharif ( The Zurah II) yang juga merupakan salah sorang pemain gitar hebat pada zaman pop yeh yeh dahulu.

Seperti album pertama,antara kumpulan yang terlibat dalam album ini yang dah jadi lagenda sekarang ialah Lefthanded,SYJ,Bloodshed,Ella & The Boys dan Rahim Maarof & Whitesteel.kerana album ini jugalah lahirnya pemain gitar yang hebat seperti Man Kidal dan Lord.walaupun begitu,stail muzik bagi setiap kumpulan dalam album ini ada identiti sendiri memang pengaruhnya banyak di ceduk dari band2 barat tetapi mereka berjaya membentuk muzik bagi identiti kumpulan masing2.seperti Ella & The Boys banyak di pengaruhi band2 era 70an seperti Uriah Heep,Rainbow dan Deep Purple,SYJ lebih kepada glam rock ala Motley Crue,Bloodshed kuat pengaruh heavy metal ala Loudness dan Lefthanded dengan pengaruh Iron Maiden nya.





Dalam album ini juga tak banyak lagu jiwang cuma dari Lefthanded 'Kenangan Bersamamu' dan Ella & The Boys 'Hanya Secebis Jawapan'.lain2 lagu dalam album ini semua berunsurkan nasihat dan juga lagu mengecam lanun cetak rompak seperti 'Mata Sepet' dari SYJ (lagu yang paling rebel,terang2 dia sindir..heheh)dan 'Hapuskan Lanun Cetak Rompak'.secara peribadi lagu yang aku paling suka dalam ni ialah 'Manusia Dan Janji' dari Bloodshed dan lagu 'Mata Sepet' dari SYJ dan lagu paling tak best ialah 'Hanya Dalam Mimpi'..heheh.selain telah menjadi lipatan sejarah dalam rock Malaysia,kerana album ini juga muzik rock pada ketika itu tok jibby kata gejala yang merosakkan moral dan akhlak anak muda pada ketika itu.






Pasal soundnya aku malas la nak cakap,asyik2 cakap benda yang sama je nanti orang marah pulak kan?heheh..apa pun bagi sesiapa yang terlepas beli kaset cetak rompak album ni dulu boleh beli cd album ini dengan harga biasa atau harga kapitalis.boleh tukar lagu jadi 'Hapuskan Kapitalis Penghisap Darah'.hahah!

4 comments:

  1. nak kasi komen pun dari memori, dan memori aku dah pudar.
    Mata sepet nye album kan ni.
    Tu jam... hmmm bukak tv RTM je, abis la rock rock ni kena bambooo...

    ReplyDelete
  2. banyak kenangan album ni...zaman rock melayu tengah top...top bukan dekat tv atau radio...tapi kat funfair dan anak-anak muda zaman tu...kalau la boleh balik zaman tu....

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa dan menunaikan ibadat dlm bulan Ramadhan. Baru ni singgah Tesco ternampak jugak album ni

    ReplyDelete