Monday, 1 May 2017

LRT



Siang tadi memang aku takda kerja,aku habiskan masa (atau buang masa sebab boring) aku naik lrt.bermula dari stesen Gombak iaitu stesen yang paling hujung (Putra LRT) sehinggalah ke stesen Putra Heights ( juga stesen paling akhir)
Kemudian aku tukar pulak naik STAR lrt bermula dari Putra Heights sehinggalah ke stesen akhir iaitu Sentul Timur.selain dari tengok penumpang yang naik ( awek la..heheh) kadang2 tengok gelagat penumpang dalam lrt ni pun best juga.macam2 ragam ada.yang tak bestnya ada juga penumpang yang pentingkan diri sendiri,ada nampak orang tua yang uzur pun takda yang nak bagi tempat duduk.aku sendiri pun naik dari hujung stesen memang tak duduk.celah mana yang perihatin nya rakyat Malaysia ni pun aku tak tau..

p/s: pada rakan2 blog,maaf banyak2 memang tak dapat join tengok Megadeth.sebab aku kena pergi Kedah pulak waktu tu.puas aku bagi macam2 alasan pun tak jalan.tiket pun aku dah jual kat member.baca review kau orang je lah.kirim salam abg Mus.moga terhibur.. (sedih ni)

7 comments:

  1. Aku cakap terus terang..
    bila aku berbual pasal sistem LRT Lembah Kelang dan sistem MRT yang akan dikenalkan di Lembah Kelang..
    - Kawan aku yang pegang IC Malaysia, beri pendapat yang kurang elok. Penuh kutukan.
    AKU KAN KETAWA.. aku tiap2 minggu gunakan pengangkutan sistem train Lembah Kelang
    dan aku rasa sistem Lembah Kelang Malaysia sangat baik.
    Yes, mungkin kurang dari segi keselesaan, kurang sistem eskalator dan tempat kerusi tunggu train,
    tapi yang penting sistem berjalan memuaskan hati.

    Untuk aku rakyat yang pegang IC Malaysia harus bangga dengan sistem tren Lembah Kelang.
    Aku tengok yang kendali semua orang tempatan..
    Aku boleh komen, aku harap jangan sesiapa nak persoal aku pasal aku pengguna pengangkutan awam baik di Singapore dan Lembah Kelang setiap masa,
    dan jugak kat negara2 lain aku pergi.
    So aku cakap sistem tren Lembah Kelang dari baik akan berubah jadi cemerlang.
    Percayalah cakap aku, kejayaan sistem tren Lembah Kelang dengan expansion giler babi yang terbaik ni, akan merebak seluruh semenanjung.
    Dan kalau orang bukan rakyat Malaysia puji sakan Malaysia, haruslah yang pegang IC Malaysia bangga dengan negara sendiri.

    Aku kadang2 fedup dengan rakyat Malaysia yang kerja kat Singapore, tak bangga dengan negara sendiri.

    Aku suka cakap dengan orang ni " I AM MORE MALAYSIAN THAN YOU!! and I am not even a Malaysia Citizen"

    ReplyDelete
  2. nanti abang mus(yrif) speedrider jawab salam

    ReplyDelete
  3. Aku cadang nengok abang Mus nanti aku guna lrt jer....dari tbs..bandar tasik selatan ke hang tuah...aku dah tak ingat macamana nak drive ke stadium negara...Haha..

    ReplyDelete
  4. baru ingat... awal 2000an dulu couple dgn awek kg baru, dia yang ajar aku pusing2 klang valley naik public transport ni especially PUTRA dan STAR... kalau tak, memang sampai sekarang aku tak familiar dgn jalan2 utama kat KL

    ReplyDelete
  5. lama tak naik lrt, perna hari tu bawa mizi saja2 naik memang best juga. bab yang jenis tak bagi duduk ni memang selalu terjadi haha..

    ReplyDelete
  6. hari tu naik lrt nak ke pwtc. lama betul tak naik lrt, ralat pula sebab dah tak guna sistem tiket. guna coin plastik pulak.

    ReplyDelete