Monday 17 July 2017

White Lion - Pride 30 Tahun




Di sebabkan Berteromber dah cerita pasal album ni haritu Kat Sini aku tampal balik la gambar versi piring hitam aku pulak.heheh..album yang di terbitkan pada tahun 1987,pada zaman glam rock dan rock kangkang berada di puncak.boleh di kategorikan sebagai klasik rock dan album patut di miliki oleh peminat rock dan peminat White Lion khasnya.












Dalam album ini jugalah ada lagu ballad yang menjadi kegemaran sepanjang zaman iaitu lagu 'When The Children Cry'.lagu yang telah menaikkan nama White Lion dan menjadikan mereka sama taraf dengan band glam rock yang lain seperti Motley Crue dan Poison.

Dan yang paling best dah tentunya kerja gitar Vito Bratta.selain dari menulis lagu bersama Mike Tramp,Vito juga merupakan tonggak utama White Lion dengan teknik permainan gitar beliau yang agak menarik.tapi sayangnya Vito ni dah gantung gitar dia,member White Lion ajak reunion pun dia  tak mahu.harap lepas ni Vito berubah fikiran la hidupkan semula White Lion.

Nak cerita panjang2 pun dah pernah cerita pasal album ni 2 tahun yang lalu  Kat Sini kalau pernah dengar lagu 'When The Children Cry' boleh layan album ni.lagu2 yang lain pun best.

3 comments:

  1. Banyak orang tanya pasal Vito…James LoMenzo pun teringin nak buat reunion….maybe a farewell reunion tour...3 kali dah katanya dia ajak Vito…tapi tu la…ikut kata Eddie Trunk, last dia jumpa Vito (tahun lepas), memang Vito dah tak mahu main muzik. Senang cerita...Pencen!

    ReplyDelete
  2. lagu when the children cry to masyuk ooo...best sgt

    ReplyDelete
  3. Dulu ada poskad Media hiburan ke lagu tu.. ahhh dah lupa

    ReplyDelete