Sunday, 2 July 2017

Sherlock Holmes - A Study In Scarlet & The Sign Of Four



Cuti hari raya tempoh hari aku memang kurang bermedia sosial,sebabnya melayan buku Sherlock Holmes ni.secara peribadi walaupun ianya telah di terjemahkan ke bahasa melayu,jalan ceritanya tetap menarik.sehinggakan aku memang tak boleh tinggal lama,mesti nak baca lagi.kalau buku lain berbulan2 aku tak baca ok je tapi buku Sherlock Holmes ni memang kuat betul aura dia.di sebabkan jalan ceritanya yang banyak teka teki,dan banyak tekaan aku salah.kerana itu lah aku susah nak skip buku ni..heheh.

Kalau pernah tengok movie atau drama series dia,memang feel dia sama.lagi pun dah di terjemahkan dalam bahasa melayu senang la sikit nak fahamkan.kalau versi english dia dengan bahasa UK standard memang aku susah nak hadam.sebab bahasanya memang puitis,lain la kalau baca buku biografikan.tu bahasa english pasar senang nak faham.ok,novel Sherlock Holmes versi bahasa melayu ni ada dua kisah penyiasatan. cerita pertama bertajuk 'A Study In Scarlet' di terbitkan pertama kali pada tahun 1887 (dah lebih 100 tahun) cerita yang pertama di terbitkan mengisahkan bagaimana Dr.Watson (sidekick Sherlock Holmes ni) bertemu, duduk serumah dan mula menjadi pembantu Sherlock.Sherlock Holmes di gambarkan sebagai seorang yang pelik,misteri,suka bercakap besar dan juga pentingkan diri sendiri.tetapi cara penyiasatan Sherlock ni mengagumkan Dr.Watson.pada mulanya Dr.Watson memang tak suka kat Sherlock tapi bila melihat kesungguhan cara penyiasatan Sherlock tanpa mengira waktu,mereka akhirnya menjadi rakan karib.

Kisah yang kedua bertajuk 'The Sign OF Four'.pertama kali di terbitkan pada tahun 1890.cerita yang kedua ni pun boleh tahan menarik juga.mengisahkan perebutan harta karun dan juga buat pertama kalinya Dr.Watson ni jatuh cinta dengan Mary Morstan seorang wanita yang meminta pertolongan Sherlock Holmes untuk menyelesaikan misteri harta karun dan 'sumpah empat sahabat' atau di gelar the sign of four.dalam cerita ini ada juga di sebut pasal kepulauan andaman,orang2 melayu Singapura,pasal islam dan juga kepulauan India.cerita yang terperinci mungkin penulisnya pernah sampai di tempat yang di nyatakan dalam kisah kedua ini.

Buku ini di tulis oleh penulis novel penyiasatan terkenal iaitu Sir Arthur Conan Doyle.walaupun dah lebih 100 tahun di terbitkan,ceritanya masih relevan sehingga sekarang dan menjadi sumber inspirasi bagi penulis2 novel penyiasatan terkenal era terkini.apa pun buku ni memang best.siapa yang minat Sherlock Holmes kena baca buku ni.versi terjemahan ni pun takda la mahal sangat.

4 comments:

  1. baguslah ada inisiatif untuk terjemah buku ni ke dalam bahasa melayu. kita perlukan bahan bacaan sebegini.

    antara kisah sherlock holmes yang saya suka ialah The Hounds of Baskervilles (personal favorite ni)

    ReplyDelete
  2. tajuknya macam selalu tengok juga. menarik ni

    ReplyDelete
  3. aku ada nampak buku ni kat MPH...anak suruh beli...aku cakap nanti...guna duit raya sendiri beli...haha...tapi anak2 aku memang peminat no 1 siri sherlock kat tv tu...

    ReplyDelete
  4. menarik. kalau novel lain yang ada sebut pasal orang2 melayu ni antaranya karangan Joseph Conrad, Lord Jim. Dia kata tajuk Lord Jim tu sebab orang melayu panggil watak cerita tu Tuan Jim. filem Hanyut yang U-Wei buat tu adaptasi dari novel dia jugak, Almayer's Folley

    ReplyDelete