Friday 10 October 2014

Metallica : The First Four LP



Lengkap sudah koleksi rekod yang aku teringin sangat nak kumpul dalam bentuk piring hitam iaitu 4 album terawal Metallica ini..

Kalau di tanya pada peminat lama Metallica,pasti mereka juga menyukai 4 album terawal ini.salah satunya ialah soundnya.ada yang menggelarkan empat album terawal ini Speed Metal,Extreme Old School Metal,dan yang paling popular sudah tentunya frasa "Thrash Metal".di katakan  juga album "Kill 'Em All" lah yang bertanggungjawab mencetuskan fenomena Thrash Metal di Amerika.
Juga tak lupa salah satu tunggak utama yang menjadi ikon Metallica siapa lagi tak lain dan tak bukan Lars Ulrich Cliff Burton.gaya dan skill permainan bass beliau sehingga kini menjadi idola dan sumber inspirasi kebanyakkan band2 metal masa kini.

Cliff yang merupakan tunggak utama di sebalik kejayaan empat album terawal ini.dengarkan saja petikan bass solo beliau dalam 'Anesthesia-pulling teeth',bunyi ngauman bass seperti harimau dalam instrumental "Call Of Ktulu" dan bass solo yang di sangkakan bunyi  gitar Kirk Hammett dalam 'Orion' salah satu sebab kenapa empat album ini betul2 menjadi pujaan dan rujukan peminat Metallica dan pemuzik metal yang lain.

LP 'Master Of Puppets' dan 'Kill 'Em All' adalah rilisan semula dari Blackend Records (record company kepunyaan Metallica sendiri)'And Justice For All' dan 'Ride The Lightning' adalah rilisan dan Universal Music (yang soundnya agak tenggelam sedikit)tapi takpalah,asalkan dah cukup aku dapat kumpulkan empat album terawal ni kira ok lah..

Apa pun,pada sapa yang nak belajar2 dengar Metallica,kena dengar empat album terawal ni,jangan start dengar dari album 'Black' atau 'Load' dan 'Reload',kompem anda akan jadi peminat KPOP juga..heheh..

..Kalau rajin nanti aku tampal satu persatu kesemua empat rekod tu..




p/s : Lagu 'Orion' juga di mainkan di hari pengebumian Cliff Burton yang meninggal dunia pada 27 september 1986

6 comments:

  1. antara 4 album ni yg aku paling suka ialah kill em all

    ReplyDelete
  2. saya dengar muzik metalika bermula dengan album black, sebab itu saya menjadi peminat kpop... sekian terima kasih

    ReplyDelete
  3. aku dengar Metallica first time was RTL, sebelum MOP. So RTL was like feberet aku zaman sekolah..
    Tapi ni aku dah fikir2 , aku rasa DOT DOT AJFA ialah terbaik....

    ReplyDelete
  4. tak leh nak pilih mana yang terbaik dari 4 album ni... semuanya saya suke... but groovy utk ajfa memang ketara sangat kehilangannya...

    jom jamming kill 'em all!

    ReplyDelete
  5. aku hanya ada kaset black hahahahaha yg lain2 aku da jual,

    ReplyDelete