Tuesday, 14 October 2014

Duran Duran - The Wedding Album (1993)

Sesekali layan new wave pulak..Ini untuk abang Berteromber kita..


Pada waktu peminat muzik dunia mula menggilai muzik grunge dan alternative music,Duran Duran muncul dengan album ke 7 nya dan menakluk kembali persada muzik antarabangsa dengan stail muzik 'new wave' seperti di era 80an dengan album ini.aku mula mengenali Duran Duran ni melalui abang2 aku dan juga jiran sebelah rumah sewaktu tinggal di kuarters JKR di segamat pada 80an dahulu.
Lagu2nya yang popular di era 80an yang masih aku ingat ialah 'Hungry Like A Wolf','The Reflex' 'Union Of The Snake' dan 'A View To A Kill' (lagu tema filem James Bond lakonan Roger Moore)boleh di katakan setiap hari lagu ini di mainkan oleh abang2 aku atau pun jiran sebelah rumah aku tu.(masa ni pun album solo Dato'Shake pun tengah hot jugak.lagu 'Umi' dan 'Lina' selalu main kat radio)




setlist


Album terbitan tahun 1993 ini juga mempengaruhi peminat2 baru Duran Duran untuk meminati muzik new wave/pop/synthpop.maka selepas itu banyak juga band2 alternatif memasukkan elemen muzik ala Duran Duran ni.antara lagu yang paling hit yang menjadi no.1 di pelbagai negara pada ketika itu ialah lagu 'Come Undone'



Selain 'Come Undone' lagu 'Ordinary World' juga menjadi single paling hit di Canada music Charts,US Music Charts,Alternative Rock Charts, dan British Charts.line up untuk Wedding Album ini ialah Simon Le Bon - vokal,Nick Rhodes - keyboards,John Taylor - bass,dan Warren Cuccurullo - gitar.sayangnya takda Andy Taylor dalam album ni,kalau dia ada sekali mesti lagi best.
Selain kedua lagu hit tersebut,lagu2 lain juga ada yang menarik seperti 'None Of The Above','Femme Fatale','Shelter' dan 'To Whom It May Concern' (lagu ni sound dia aku suka,sama macam era Duran Duran 80an)

Walaupun ada yang mengatakan album ini terlalu komersial untuk Duran Duran dan agak lari sedikit dari imej Duran Duran pada era 80an,pada aku yang pernah membesar dengan lagu Duran Duran ni rasanya imej dan stail Duran Duran takda la berubah,cuma untuk album ini mereka lebih 'art'.tengok saja pada inlay album ni,macam2 lukisan abstrak ada dalam tu.

Album ini juga menjadi halwa telinga bila ada masanya aku dah bosan dengar lagu rock/metal..heheh..

p/s ; Pernah beli versi kaset kat muzika Kotaraya JB dulu,sambil menjeling boxset Metallica Live Shit kat kedai tu..ingat tak Berteromber?

8 comments:

  1. Muzika kotaraaya, metallika boxset 3cd 2 video tape tu... wah kenangan.
    Tapi aku cuma masuk kedai melayu sebelah je tu... nak gi muzika aku akan gi queensway nye
    Skarang muzika tinggal satu...joo chiat complex. Masih bertahan..

    ReplyDelete
  2. Lama dulu ada radio broadcast duran2 main lagu2 ni kan... aku dengar kat situ je... pasal tak pernah ada cd studio ni.
    Semalam aku pasang youtube, spandau ballet greatest hits.... best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu come undone tu hari2 dengo kat radio sgpore 98.7 tu..lagi satu lagu def lep two steps behind..

      Delete
  3. pengalaman ko pasal duran2 ni lebih kurang macam aku jugak la, atleast ada kompilasi for the sake of nostalgia

    lagu electric barbarella album mana eh?

    btw, hepi besday berteromber yg ke 40++

    ReplyDelete
    Replies
    1. Electric Barbarella dari album medazaland tahun 1997 kalo tak silap

      Delete
  4. iskh...apsal aku masuk dalam ini cerita...hahaha...

    Duran Duran zaman ni aku dah tak follow...tak pernah ada kaset atau cd album ni...tapi lagu 'Ordinary World' memang sedap...aku siap rakam dari radio...hahaha...

    Btw…boxset tu kat muzika ker atau kedai kaset besar sebelah dia…lupa dah…tapi dulu hari2 balik kerja lepak kedai kaset kecik budak melayu tu (yang ni ker muzika…betul2 aku lupa dah)…memang terliur tengok boxset tu…ntah sapa lah yang beli ek…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la tah sapa yg beli..dulu penah jumpa kat klcc nak beli masa tu tgh hujung bulan,skali da dpt gaji nak gi beli dah takda..hehe

      Delete