Wednesday, 29 October 2014

Iron Maiden - Killers Reissue Vinyl (1981)

Memang aku takda pun album "Killers" dan "Iron Maiden" (s/t) dalam bentuk piring hitam ni..Tapi di sebabkan IM rilis balik album 80an mereka dalam versi original 180G Black Vinyl memang aku cari kedua album ni jer..




Packaging dia sama macam rekod Maiden yang di riliskan pada 80an dulu,simple je,inlay lirik pun takda..



Bahagian belakang.semua sama,takda yang special pun.di sebabkan aku mula kenal Maiden semasa era Bruce,kedua album ini dulu aku selalu ignore.sebabnya pada aku untuk kedua album ini muziknya agak terlalu 'lembut' senang cerita macam sound rock kapak melayu tahun 80an dulu lah,cuma stail muziknya agak 'punk' sedikit,mungkin di sebabkan gaya vokal Paul Di'anno.slanga atau 'english accent' beliau yang agak pekat (berbanding english amerika,england punya accent lagi pekat,kadang aku sendiri tak faham)heheh..lagi pun attitude Di'anno pun macam mat punk jugak kan?.
Tapi sejak dah berusia ni baru la telinga ni boleh terima kedua2 album ni..lagi pun banyak lagu best2 dalam album ini dan jugak album pertama Maiden.
Kedua2nya memang best.so lepas ni tunggu singles rekod 7 inci pulak eh?

Dan last sekali..



Kalau macam ni kira lengkapla diskografi album2 Maiden 80an kan? tak payah la nak membazir beli 2-3 versi..apa yang ada ni cukup lah..duit hiburan pun kena berjimat jugak..heheh..

13 comments:

  1. berapa RM Killers tu dan di mana belinya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Killers ngan im s/t tu beli kat Victoria Amcorp doc.rm 69 jer..

      Delete
    2. iskh...lagi murah dari beli online ek...nasib sabtu ni tak dapat turun Bkt Jalil...kalau tak...konpem tersangkut bang sekeping dua...

      fuh..selamat!...heheh...

      Delete
    3. Tu la..lagi murah bro..cuma Victoria tak ambik yg 7 inci nye rekod tu..nak kena pegi hardgraft records

      Delete
  2. salah susunan tu... awat POM duk kat bawah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..tu lah..dah snap baru perasan.malas nak ejas balik

      Delete
  3. terbaik lah ni, dari tiada langsung.. pergh!!

    ReplyDelete
  4. Paul Dianno dulu bukan yang sekarang...
    Killers ni Martin Birch dan Adrian Smith dah ada.. walaupun kira kebanyakkan lagu2 balance dari zaman tersebut tapi tetap best.

    ReplyDelete
  5. pergh!!!...aku pelan2 kayuh la...sejak terjebak dalam dunia vinyl dalam temph 2 bulan ni...abis budget semua lari...hahaha...sekarang tengah puasa...

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Lagi steady Abg faizal nye box set pink Floyd!..heheh

      Delete
  7. phewww ni betol2 up the iron ni hehe

    ReplyDelete