Monday 13 October 2014

Bercakap Dengan Jin The Series

Bagi peminat Tamar Jalis dan juga peminat siri novel seram Bercakap Dengan Jin,akan bersiaran di kaca tv anda..


Novel seram Bercakap Dengan Jin yang pernah popular pada era 80an dahulu kini di jadi kan drama bersiri untuk siaran Astro Prima.tapi tak tahu lagi bila akan di tayangkan.drama ini berdasarkan kisah dari jilid pertama buku hasil tulisan penulis seram tersohor Tamar Jalis.

Pada yang tak tau,siri novel Bercakap Dengan Jin adalah mengisahkan pengalaman Tamar Jalis bersama datuknya yang juga seorang pengamal perubatan tradisional.kisah di dalam novel tersebut belaku di era selepas perang dunia kedua.pengalaman seram,misteri,mistik,suka dan duka ketika beliau mengikuti datuknya di serata daerah di negeri Perak dan sekitar semenanjung Malaysia.

screenshot drama 'Bercakap Dengan Jin' Datuk bersama harimau belaannya (lakonan Datuk Rahim Razali)

Drama ini di terbitkan oleh Skop Production dengan kerjasama Nafiela Books yang memasarkan kembali siri novel Bercakap Dengan Jin dari jilid 1 hingga 4.harapnya dramanya juga sama seperti di dalam novel seram itu.
Untuk info lebih pasal drama ini dan juga pasal buku 'Bercakap Dengan Jin' ini boleh jenguk kat fb page Nafiela Books KAT SINI


4 comments:

  1. Siot dah la aku sorang2 kat tempat kerja kul 3 pagi ni...
    Kong ajar betul la...
    Cis... cis... cis...sambil buang benda2 merepek dari fikiran..
    Hahaha.

    ReplyDelete
  2. astro prima eh? tgklah nanti kalau rancangan ni rating tinggi ada harapan diorang pindahkan ke astro warna

    ReplyDelete
  3. cantik juga dah ada drama...khas untuk orang2 macam aku yang rasa kononnya sibuk sangat sampai takder masa untuk membaca...heheh...

    ReplyDelete
  4. Boleh tengok teaser drama nie dkt youtube. Akan keluar di astro mustika hd. 4 nov 2014.

    ReplyDelete