Monday 6 October 2014

A Walk Among The Tombstones (2014)



Filem yang di layan semasa cuti hari raya aidiladha(layan kat rumah jer..)

Berdasarkan dari novel dengan tajuk yang sama karya Lawrence Block penulis novel popular di Amerika yang bergenrekan crime thriller.A Walk Among The Tombstones adalah sebahagian daripada novel bersiri tentang seorang lelaki bernama Matthew Scudder.sebanyak 18 siri novel kisah Matthew Scudder yang pernah di terbitkan,yang merupakan antara novel paling popular dan best selling di Amerika.

Filem ini mengisahkan Matthew Scudder seorang bekas polis dan juga akoholic yang telah bersara kerana kesilapan yang beliau lakukan.beliau yang telah meletakkan jawatan sebagai anggota polis dan menjadi penyiasat persendirian.untuk filem ini beliau telah menyiasat suatu kes pembunuh bersiri yang hanya suka membunuh perempuan,terutama isteri2 pengedar dadah sekitar New York.cara pembunuhan kejam antara perempuan yang di culik dan di bunuh dengan di potong2 seluruh badan.(nak tau cerita selanjutnya kena tengok la..heheh)

Overall,dalam banyak2 filem bergenrekan crime thriller,pada aku filem ini memang best.watak Liam Nesson sebagai alkoholic seperti tiada perasaan memang terbaik la.(Liam Nesson antara aktor fav aku)kalau di buat sekuel seperti dalam novel nya pun memang best la,sebab watak Matthew Scudder ni memang 'dark'.watak yang paling popular di kalangan peminat novel crime thriller.

So pada peminat filem yang bergenrekan crime thriller atau pun follower novel Lawrence Block kena tonton movie ni.best!

*4/5

3 comments:

  1. Aku suka baca cara ko tulis gezek wayang.
    Kasi aku sim kering gitu..
    Berulang aku tengok gezek filem ni main kat kaca monitor tunggu mrt datang, nampak best tapi aku tak tahu apa si schendler list buat sebenarnye. Ok now i know a bit.

    ReplyDelete
  2. tu hari baca review kat The Sun kata tak best...plot dan jalan cerita yang recycle katanya...cuma lakonan Liam Neeson jer yang kena puji...

    ReplyDelete
  3. muka staring ni tak pena senyum hahaha

    ReplyDelete