Tuesday, 27 May 2014

Babi Yang Halal


Sebelum ni heboh tentang tentang kopi kluang yang di katakan ada gelatin khinzir di dalamnya.dan yang terbaru ialah coklat Cadbury yang di katakan ada ada 2 jenis Dna babi  dalam dua produk coklat keluaran Cadbury.(tapi aku tak fikir 2 produk ni je..semua produk cadbury ni mesti ada punya)

So apa yang aku nak cakap ialah :
-Kerajaan perlu buat kajian semula kesemua produk terutamanya yang berasaskan tenusu seperti coklat,aiskrim,yogurt dan segala makanan ringan yang ada dalam Malaysia ni.

-Kena beri penerangan pada yang bukan islam tentang haram ini.untuk pengetahuan korang yang bukan islam yang tak tau,bukan setakat daging babi je orang islam tak boleh makan,segala hasil dari binatang tersebut dari bulu sehinggalah ke organ dalaman haiwan tersebut haram di makan.please noted.

-Pada bangsa yang lagi satu tu,tolong hormat sikit sentiviti orang lain,dari pegalaman aku yang berjumpa dengan pelbagai karenah bangsa yang lagi satu ni,diorang memang tak peka langsung dengan sensitiviti dan hak orang lain,konon korang pejuangkan human right,tapi sensitiviti orang ada korang fikir?use your fuckin brain ok?

-Patut lah anak2 generasi Y sekarang ni keras kepala,hati batu,sampai ada yang berani pukul cikgu la,umur baru nak masuk 18 tahun dah pandai pegi club la,puncanya?pemakanan  yang haram jadi 'halal'

-Benda haram yang jadi halal ni aku rasa bukan baru..memang dah lama jadi darah daging seluruh umat melayu islam kat Malaysia ni,cuma baru sekarang ramai yang sedar

-Jakim sila la buat kerja dengan telus..jangan cuma punch card 9 to 5 jer..sekarang ni ramai pihak tunding jari pada Jakim.harap Jakim dapat perbetulkan keadaan.jangan mudah nak hukum kata itu sesat ini sesat.

-Babi haram di makan tapi tak haram di sebut

-Lepas ni apa saja produk seperti aiskrim,yogurt,coklat etc.berhati2 lah bila nak makan,kalau rasa was2 tak payah la beli.

-Sekarang ni pun logo yang bertanda 'Halal' pun di ragui status halalnya..macam mana tu?

-Beruang panda dalam air cond,babi dalam coklat.seorang teman aku pernah cakap,"kalau nak di ikutkan makanan haram yang masuk dalam badan aku ni,mau sekandang anak babi ada"...hahah..

-Siput Cadbury?

-Babi sekarang dah ada nama cute bernama Cadbury


"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi” [Al-Baqarah : 168]


Matlamat tak menghalalkan cara atau cara yang tidak menghalalkan matlamat?

7 comments:

  1. pantun aku kutip kat FB..

    Dua tiga babi berlari
    Manakan sama si babi tunggal
    Dah telan cadbury berlori-lori
    tup tup Jakim kata ia tak halal...

    :)

    ReplyDelete
  2. ni sama kes mcm golden churn butter beberapa tahun lepas. tapi biasalah orang kita akan cepat melatah kalau haram bab babi ni... bab haram lain biasanya lambat sikit

    btw, pengesahan halal/haram produk makanan yg telah diproses bknnya tanggungjawab JAKIM 100%, ia melibatkan kerjasama dgn jabatan lain seperti jabatan pertanian, veterinar, kesihatan, KPDNHEP dan di hujung biasanya ada jabatan kimia

    ReplyDelete
  3. mmng stress memikirkan bab halal haram makanan di malaysia ni. ada cap halal pon masih boleh diragui.tapi tulah...itu baru bab makanan, isu 'haram' yg lain masih bersepah walau malaysia ni negara islam.hehe

    ReplyDelete
  4. tak tau nak kata apa.. semalam beli belanja pun masih nampak lagi coklat tu kat rak...

    ReplyDelete
  5. point to ponder - Dah masuk tahap DNA nampak memang payah. Saya harap DNA kit yang murah dan cepat dijual sekarang sebab boleh bawa check bila makan di restoran2.

    ReplyDelete
  6. Babi tak salah....manusia yang salah hahaha

    ReplyDelete
  7. semoga dipermudahkan rezeki kita..

    ReplyDelete