Friday 9 May 2014

Metallica - Through The Never Movie (2013)


Err..di sebabkan dvd nya takda masuk kat pasaran sini,versi sedut adalah jawapannya..

Terus terang cakap,storyline movie ni memang hampeh..kalau anda mengharapkan seperti filem2 Hollywood yang lain dengan elemen saspen,seram apa semua tu memang takda dalam ini filem.oleh kerana kos pengambaran menggunakan teknik 3D yang bajetnya berjuta, terpaksalah di jadikan filem.ia nya sama seperti menonton dvd live Metallica yang lepas2,cuma kali ini di selang selikan dengan jalan cerita.

Ceritanya mengisahkan tentang Trip, seorang roadie yang bekerja dengan Metallica (lakonan Dane DeHaan,Chronicles,The Amazing Spiderman 2)yang kena ambil satu barang kat van krew Metallica yang rosak di dalam perjalanan nak ke tapak konsert.barang tersebut (sebuah bag yang tak di ketahui apa isi nya sehingga akhir movie ni)yang kononnya terlalu penting untuk Metallica.dalam perjalanan tu lah beliau berhadapan dengan pelbagai masalah,berhadapan dengan rusuhan,kena kejar dengan 'The Horsemen' dan kena belasah ramai2 dengan perusuh.

Walaupun lagu2 live dalam filem ni dah jemu dengar,tapi apa yang menarik adalah setting pentas 3D Metallica kali ini unik.ada gimik pada setiap lagu.antara lagu yang paling aku suka tengok sekali dengan gimiknya ialah :
-Ride The Lightning - Ketika lagu ni di mainkan,kerusi elektrik besar (hukuman bagi pesalah berat kat Amerika)di turunkan dari bumbung stage,dengan paparan video pesalah menerima hukuman mati

-And Justice For All - Gimik lagu ni pun best..sambil lagu di mainkan,kelihatan pekerja2 kontrak sedang sibuk memasang patung 'Lady Justice'.patung ini runtuh dengan sendirinya pada akhir lagu

-Cyanide - Keranda 3D di turunkan (sama seperti dalam cover album Death Magnetic) dan kelihatan ada orang dalam setiap keranda tersebut meronta2 nak keluar dari keranda tu.

Masuk part lagu 'Enter Sandman' setting pentas mereka seakan 'hancur'sama macam dalam dvd 'Cunning Stuns'.dan diorang main dalam mood garage pulak.

Lakonan Dane DeHaan walaupun tanpa dialog,hanya memainkan ekspresi muka sebenarnya bagus,tapi jalan ceritanya je yang agak mengecewakan.tapi kalau nak tengok stage 3D live Metallica yang pada aku agak unik kena la layan movie ni.khas untuk peminat2 tegar kpop Metallica juga.



11 comments:

  1. Sepatutnya masuk panggung mcm mamma mia so kita boleh nyanyi ramai-ramai kat panggung.

    ReplyDelete
  2. kat ebay masih mahal benda ni...

    ReplyDelete
  3. first time aku tahu apa content filem ni, cam best la kalau ko cakap ada gimik2 gitu. Cam aku nak tengok lak.
    ko tengok Ronin? Robert Deniro nye pilem pasal ex-secret agent dan lain2 nye negara nye secret service rebut2 satu briefcase ntahapa2...tapi pun best giler.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. Memang best movie tu..tak bosan Layan ronin tu

    ReplyDelete
  5. filem ni takde apa yg menarik. soundwise, same je mcm DVD metallica yg lain. utk hatkor kipas susah mati mesti layan.

    ReplyDelete
  6. Through the never ni boleh dikira Live Concert yang di"movie"kan... nak dikategorikan musical movie pun tak jugak... anyway, benda ni akan jadik collected item bagi peminat tegar metalika khususnya...

    ReplyDelete
  7. dah 2 kali aku try tengok cerita ni....tapi kedua2nya aku tertidur...heheh...

    ReplyDelete
  8. rasa cam nak sedut pula haha

    ReplyDelete