Sunday, 4 May 2014

Sepetang Di Amcorp Mall

Abang aku datang dari Jb,dan pertama kalinya aku bawak dia jalan2 pegi Amcorp Mall.sebab selama ni dia hanya dengar nama je dan tak pernah datang,akhirnya berjaya juga beliau menjejakkan kaki di Amcorp Mall ni..heheh..
Beliau sangat teruja dapat tengok barang2 antik,selain dapat beli cd AcDc dan beberapa cd lain. (beliau memang peminat AcDc)dan ketika sedang berjalan2 di tingkat bawah,ternampak satu kedai antik yang betul2 mengimbau kenangan beliau.lama jugak la aku dengan dia duduk dalam kedai tu perhati dan belek barang2 lama satu persatu.sebabnya ada antara barang2 dalam kedai tu yang pernah aku ada masa aku kecik2 dulu.sambil belek barang,sambil aku berborak mengimbau kembali cerita2 lama dengan dia..

Ni antara gambar barang2 old skol yang sempat aku dan abang aku snap.nasib baik la tuan kedai tu benarkan gambar2 ni di ambil.tak banyak gambar yang aku snap pasal ramai sangat orang dalam kedai antik tu.
Ni antara gambar yang sempat di ambil..

planta marjerin dan milo lama

air botol Mirinda lama dalam kotak kayu


sapa yang membesar sezaman dengan aku mesti ingat 'tikam-tikam' ni.1 kali kopek kena bayo 10 sen


Telefon lama telekom.dulu logo "J T" tu maksudnya 'Jabatan Telekom' gambar ni abang aku yang snap.


Kamera lama era 70an,80an dan 90an.sila abaikan pantulan 'Iron Maiden' dari cermin tu..heheh..

Dan last sekali..


Air botol F&N lama perisa soda,gelas F&N lama,tempat abu rokok jenama Players dan lencana sekolah.gambar ni abang aku yang snap.

Itu pun abang aku tak puas hati lagi pasal tak dapat ronda semua tempat,pasal anaknya dah menangis nak balik..next time dia kata nak datang lagi.lepas ni dia kata dia nak pergi berdua dengan aku je,boleh ronda puas2..

7 comments:

  1. cadang nak ronda Ampcorp Mall semalam carik action figures tapi anak demam. next week laa.hehehe

    ReplyDelete
  2. sayu gitu eh aku tengok foto2 ko tampal ni...
    macam aku selalu cakap, zaman dulu tak wujud apa tu kamera seperti zaman sekarang, segala kehidupan kampung, kehidupan zaman dulu, semua wujud dalam otak aku je, tapi semakin hari, semakin tahun semakin dah tak ingat, bila tengok2 gini, then flashback la,
    then jadi sayu
    jadi sedih.

    Terimakaseh lagi sekali beb, malam2 buta kasi aku sedih dan hiba!!.

    ReplyDelete
  3. amcop mall syurga barang aktik...

    ReplyDelete
  4. kena orang bawa aku... hehehehe

    ReplyDelete
  5. rasanya dah 5 tahun dah aku dah tak pergi tempat ni lagi...kenangan la haha

    anyway semalam aku pasang balik queensryche live at moore tu, bila masuk part 2, not bad la kan, ada lagu yang memang best, tapi tu je la, tak tinggalkan banyak kesan tak macam original dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali kena jenguk la jugak tu..heheh..AM flea market sekarang ni harga lp pun ada turun sikit la tak macam sebelum ni mahal gile..

      Part 2 lagu yang duet ngan makcik pamela moore je aku suka.macam lagu 'if i could change it all' yang tu memang aku suka sangat.

      Delete
  6. Dalam banyak2 tu ada 2 gambo yang kuat mengembalikan memori aku...

    1- Tin planta tu...teringat2 masa kecik dulu mak aku selalu buat sarapan roti naik buatan sendiri...selalu sambil sapu marjerin planta tu sambil tenung gambo budak lelaki kat tin tu....mesti dah tua dah budak dalam gambo tu sekarang....

    2- Tikam-tikam....paling lejen aku ngan kekawan sekolah tak puas hati punya pasal tikam asyik tak kena....kongsi duit beli satu papan terus...puas hati...hahaha...dia kalau beli satu papan murah sikit dari ko beli satu2...pastu nak balik modal... jual kat sekolah..kalau nak tau...tak semua hadiah tu kena kalau tikam...so hadiah yg tak kena tu kita org la ambik...heheh

    ReplyDelete