Friday 14 December 2012

Megadeth - Countdown To Extinction 20 Anniversary Boxset

Rasanya server blog ni ada biol sikit la..aku dah publish tadi tapi takda kat page..


Baru je beli kat Rock Corner minggu lepas..







Secara peribadi,dalam banyak2 album Megadeth,album yang paling aku suka ialah album Countdown ni.sebabnya ni adalah antara line up terbaik Megadeth.Dave Mustaine,Marty Friedman yang solo dia best2 kat dalam album ni,bunyi double pedal Nick Menza,dan bass David Ellefson.sempena 20 tahun album ni,Megadeth keluarkan edisi boxset pulak.apa yang ada dalam boxset ni :


Buka je boxset ni,keluar la 4 keping gambar berukuran poskad ni.gambar yang memang klasik,zaman metal awal 90an.album Countdown ni pun di riliskan pada tahun 1992.kata abang Mus,album ni jawapan dia pada Black Album (Metallica) yang rilis pada 1991 dulu.lagi pun dulu Megadeth ngan Metallica kan 'musuh tradisi'..heheh..


Booklet.cerita di sebalik pembikinan album Countdown ni.menarik jugak.versi yang ni takda lirik lagu.cuma gambar2 band members je yang ada..

Megadeth dengan line up klasiknya..gambar2 konsert diorang.

 Haa..tu dia abang Mus kita..ini macam baru rokkk..heheh

 dalam boxset ni jugak dapat poster gambar Vic Rattlehead tu.macam beli kaset zaman 80an pulak siap dapat poster..heheh..



Ada 2 discdalam boxset ni.cd yang 1st,album Countdown To Extinction,cd ke 2 pulak live Megadeth tahun 1992.Live At The Cow Palace San Francisco (kandang lembu?)cd yang pertama tu takyah la nak cerita,tracklist yang ada dalam live cd ni pun lagu semua best2.
1.Intro
2.Holy Wars..The Punishment Due
3.Skin O' My Teeth
4.Wake Up Dead
5.Hangar 18
6.Countdown To Extinction
7.Foreclosure Of A Dream
8.This Was My Life
9.Lucretia
10.Sweating Bullets
11.In My Darkest Hour
12.The Conjuring
13.Tornado Of Souls (konsert ni memang abang Mus kurang nak bebual ngan penonton,tapi lepas lagu ni abang mus marah penonton,pasal baling macam2 benda kat pentas..heheh..tu pasal la dia tunjuk jari tengah tu kot)
14.Ashes In Your Mouth
15.Symphony Of Destruction
16.Peace Sells
17.Anarchy In The UK


ni je lah yang ada dalam pakej boxset ni.apa pun album Megadeth yang ni memang terbaikk..

server blog atau line aku yang bermasalah ni?

9 comments:

  1. satu hari nanti....aku pun nak tangkap satu release ni. Memang best, aku nak live cd dia tu.

    ReplyDelete
  2. Marty Friedman skrg tinggal di jepun, jadi full time sessionist (guitarist) di sana, byk buat lagu tema utk anime tv series. Itupun aku dpt tau masa Sam Dunn interview dia dlm dokumentari Global Metal...fasih jugak mamat ni ckp jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.aku pun masa tengok globa metal tu baru tau.dia pun dah dapat taraf kerakyatan jepun kalo tak silap

      Delete
  3. the best album for 1992...period!

    ReplyDelete
  4. harga berapa? pul pul or tus tus? ni album mmg best.

    ReplyDelete
  5. byk album2 megadeth (dan bbrp band lain) aku dah letgo thn lps... utk dana2 segera diRaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish..sayangnye..dah boleh buat koleksi tu

      Delete