Tuesday, 4 December 2012

Lemmy : 49% Motherf**ker,49% Son Of A Bitch Dvd

"And I can tell by your face
I'm all over the place
I can tell by your face
Got no time for a Damage Case!"

Dah lama cari dvd ni yang sebenarnya,pegi Rock Corner takda,pegi Victoria takda,pegi Pertama Complex ngan Campbell pun takda,last2,terjumpa pulak versi 'Wangsa Maju pressing'. punyalah berpusing satu KL mencari,rupa2nya kedai dvd yang dekat rumah aku jugak yang ada.tu yang pelik,versi lanun ada pulak..hehe..lagi pun aku tengok tinggal satu je,aku terus je la beli..heheh..

Ok,dokumentari ni yang di terbitkan pada tahun 2010 yang lalu hasil usaha dari Greg Olliver dan Wes Orshoski.sebenarnya Lemmy tanak buat movie ni,tapi kerana mamat berdua tu puas pujuk,akhirnya Lemmy mengalah jugak,tapi ada jugak diorang ni kena maki ngan Lemmy pasal Lemmy rimas kamera asek rakam pergerakkan dia je ke mana dia pegi,tak boleh dia nak privacy sikit.dan dokumentari Lemmy ni mengambil masa selama 3 tahun.punya la lama!.shooting pulak kat banyak tempat,kat US,UK,German,Norway tempat2 yang Motorhead buat tour.

Apa yang best pasal dvd ni kita dapat tau kisah hidup Lemmy.beliau hanya tinggal keseorangan di sebuah apartment kecil di pinggir Hollywood,rumahnya penuh dengan barang2 dan koleksi2 beliau,sampaikan krew mereka takda tempat nak tido sebab terlalu banyak sangat barang Lemmy dalam apartment tu.Lemmy yang tak pernah berkahwin dan mengaku pernah tido dan berasmara dengan lebih 1000 wanita!..dasyat dia ni.walaupun dah berumur 60 tahun dan menghidap diabetes pulak tu,Lemmy masih lagi maintain dengan lifestyle nya.rokok Marlboro dan Jack Daniels memang sentiasa bersama dia 24/7.dan pada masa yang sama beliau kena makan ubat diabetes.walaupun tak berkahwin,tapi Lemmy mempunyai seorang anak lelaki yang beliau paling sayang iaitu Paul Inder.Paul ni kadang2 jadi pemain gitar undangan untuk Motorhead.
Yang lain2 yang best kat dalam dvd ni :

-Lemmy bercerita sewaktu beliau bersama band lama beliau 'Hawkwind'.ada juga interview dengan band member Hawkwind yang bercerita pasal perangai Lemmy yang suka buat hal sendiri,keras kepala,suka buat hal ketika tour Hawkwind,yang menyebabkan beliau keluar dari Hawkwind.
-Beliau suka melepak kat Rainbow Bar & Grill (sini memang port rockstar melepak)dari dulu sampai sekarang tu lah port beliau bersama Nikki Sixx (Motley Crue)tokey Rainbow tu cakap,kerana Lemmy lah Bar diorang tu femes,sampaikan tourist kalau datang kat situ mesti tanya ada tak Lemmy lepak sini,diorang nak bergambar dengan Lemmy.tapi selalunya Lemmy akan layan peminat yang nak bergambar dengan dia kalau dia ada melepak kat situ.
-Lemmy amat meminati sejarah perang dunia pertama dan kedua.semua beliau tau,dari A sampai Z tentang perang,Nazi,Normandy,Pearl Harbor,kalau bercerita pasal sejarah perang ngan dia,itu lah subjek yang paling beliau suka bualkan.beliau juga amat meminati Nazi kat dalam apartment dia koleksi pasal tentera German dari pada topi askar German,pakaian seragam tentera Nazi senjata,segala jenis pisau dan barangan tentera Nazi semua ada dalam simpanan beliau.apabila di tanya."tak takut ke kalau orang cakap anda ni Nazi?" Lemmy jawab " peduli apa aku,dah aku suka,salah ke kalau aku suka?"..hehe..dan beliau juga boleh namakan setiap kereta perang dan kereta kebal German semua beliau tau..hebat jugak Lemmy ni.
-Member kamceng beliau ialah pelakon Billy Bob Thorton dan Dave Grohl (Foo Fighters)beliau dan Dave selalu buat lagu untuk side project mereka.kadang2 diorang nyanyi lagu2 cover,salah satunya lagu dari penyanyi lagenda Little Richard.
-Band The Darkness,walaupun Lemmy kutuk kaw2 punya tentang lagu2 dan album diorang,tapi diorang masih lagi menghormati Lemmy dan dapat jugak melepak ngan Lemmy walaupun teruk kena kutuk..hehe..yelah,Lemmy lagi otai dari diorangkan,takkan nak melawan pulak.
-Koleksi kegemaran Lemmy.ada action figures beliau,lukisan dari peminat2,kebanyakkan barang2 dari peminat Motorhead memang beliau jaga dan simpan.beliau betul2 menghargai pemberian peminatnya.selain dari tu koleksi senjata zaman Viking,zaman Rome pun ada juga beliau kumpul.
-Yang lain2 interview dengan artis2 yang mengagumi beliau seperti Lita Ford,Joan Jett,Ozzy Osbourne,Slash,Duff Mckagan,Metallica,Alice Cooper,Dee Snider,Scott Ian (Anthrax),David Ellefson(Megadeth)penggusti WWE Triple H dan rapper Ice T pun ada.

Pada yang minat Motorhead yang suam2 kuku tu,kalau tengok dvd ni,mesti bertambah suka ngan Motorhead.lagu2 latar dalam filem ni pun best,banyak lagu2 Motorhead yang lama,lagu Hawkwind hinggalah ke album 'Motorizer'.so,pada peminat Motorhead kena layan dvd ni.memang 2 thumbs up!




9 comments:

  1. Oh man! Kat tempat aku lagi susah nak dapatkan dvd ni...ermm kalo susah sgt,cari versi "sedut" ajer la :-P

    ReplyDelete
  2. perghh....peminat sejarah rupanya mamat ni... macam bruce dinkinson jugak...peminat kereta kebal dan kapal terbang...

    ReplyDelete
  3. Memang layan dvd ni..try la layan,versi sedut pun takpe..hehe

    ReplyDelete
  4. aku pun dah tengok...tapi versi sedut le....

    ReplyDelete
  5. aku ada pressing ni...memang best


    layan sekali dengan DVD Stage Fright 2 disc, baru ngam

    ReplyDelete
    Replies
    1. err..bro portdy,tang 'pressing' tu kena cakap berbisik sikit..bahaya..heheh

      Delete
  6. tiap2 cd dorang mesti ada lagu sedap ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal..nak kena discover balik album2 motorhead ni lah

      Delete