Monday, 17 December 2012

My Way (2011)


Memang aku benci KPop,memang aku benci Gangnam,tapi kalau filem2 dari Korea terutamanya yang berunsurkan sejarah seperti perang ke,memang aku suka..hehe..filem ni di katakan filem termahal Korea dengan kos 3 juta.tengok je lah tagline dia 'The most powerful war film since Saving Private Ryan'.tu memang tak di nafikan.babak perang dia memang terbaik,sama macam dalam filem Saving Private Ryan tu.

Filem ni bukan setakat perang je,tapi penuh dengan nilai2 kemanusiaan.kalau tengok tanpa 'subtitle' pun kita masih lagi boleh menhayati jalan ceritanya.mengisahkan tentang dua lelaki dari dua negara(Jepun dan Korea)diorang ni dari kecik lagi memang tak ngam,dan kedua2nya aktif dalam sukan lumba lari.sehinggakan pada suatu ketika si mamat jepun ni siap banned mamat Korea ni dari menyertai mana2 sukan lumba lari di Korea.sehinggalah bila diorang ni dewasa dan menyertai tentera ketika perang dunia ke 2,mamat jepun ni tak habis2 dengan hasad dengkinya kat mamat Korea nih..heheh..

Filem yang berdurasi 119 minit ni memang tak membosankan.babak perang dia memang terbaik,real,memang sama standard dengan filem2 perang Hollywood.sesapa yang tak pernah tengok movie ni,terutama pada incik bro Faizal Skudal yang minat sejarah perang,kena layan.wajib tonton.jangan bimbang,takda lagu Gangnam ataupun Kpop dalam soundtrack movie ni..heheh..


*3/5 Star.(dvd tu versi ampang pressing..heheh)

                                          My Way Trailer

8 comments:

  1. aku dah tegok cite ni. sedih beb. 4/5*

    ReplyDelete
  2. Waduh, selalu tgk dvd dia kat bandar tapi x pernah nak beli takut subtitle dia x sama dgn apa yg disebut oleh pelakon2 dlm movie ni huhu...sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli versi copy blu ray mcm aku punya tu bro..subtitle dia tak berterabur

      Delete
  3. alamak.. tengok trailer dah meleleh... kena cari nih...

    ReplyDelete