Friday, 21 December 2012

Rise And Fall Of WCW


Yang ni sebenarnya versi sedut,puas jugak la aku cari dvd ni kat kedai,takda jual.setelah payah sangat nak jumpa,akhirnya versi sedut juga lah altenatif terakhir..heheh..
Aku gerenti semua geng2 blog ni dulu dari zaman kekanak riang mesti suka gustikan.hero2 gusti yang popular sekitar 80an dulu seperti Hulk Hogan,Andre The Giant (mendiang) Macho Man (mendiang) Sgt.Slaugther (watak beliau telah di adaptasikan dalam kartun popular era 80an iaitu G.I.Joe),Yokozuna (besar bagak dia ni,pun dah mati jugak)dan Undertaker (masih lagi aktif bergusti).kejayaan sukan hiburan ni yang telah di pelopori oleh World Wrestling Federation WWF (kini WWE) yang telah mendominasi sukan hiburan ni sejak era 80an lagi telah mewujudkan satu lagi syarikat yang juga dalam sukan hiburan yang merupakan pesaing WWF ketika itu iaitu WCW (World Championship Wrestling).

Dvd ni menceritakan dari awal hingga akhir bagaimana jatuh bangunnya WCW dan akhirnya WCW telah di beli oleh WWE.WCW pada mulanya di kenali sebagai NWA kepunyaan Jim Crocket Promotions yang telah di beli oleh Ted Turner (juga di kenali sebagai Time Warner)sehingga pada awal 90an, apabila WCW telah di terajui oleh Eric Bischoff,dan beliau telah melakukan perubahan dalam WCW.ramai bintang2 dari WWE telah berhijrah ke WCW dengan bayaran yang lumayan.antaranya Hulk Hogan.WCW mendapat rating tetinggi dalam siaran tv kabel di seluruh US selepas Hulk Hogan berada di WCW.ini telah menyebabkan rating di WWE jatuh menjunam.dengan perpindahan ahli2 gusti ternama ke WCW temasuk penulis kreatif untuk story line WWE iaitu Vince Russo juga telah berpindah ke WCW.pada ketika itu ramai penggusti WCW lebih di kenali berbanding di WWE seperti Bill Goldberg,Kevin Nash & Scott Hall (trio tag team terbaik di wcw)Booker T,Scott Steiner,Jeff Jarret,Bret The Hitman Hart,Ric Flair dan juga Sting.

                                   logo WCW sebelum di beli oleh WWE

WCW semakin terkenal dan makin mendapat rating tertinggi dengan wujudnya NWO (New World Order) yang di dominasi oleh Hulk Hogan,menampilkan penggusti2 ternama yang kononnya akan mengambil alih teraju WCW (yang sebenarnya hanya gimik untuk jalan cerita dalam wcw).ini menyebabkan WWE telah mewujudkan 'WWF Attitude' (tiada lagi cakap bertapis ketika rancangan ni ke udara,mencarut,caci maki semua dah ada dalam WWE)dan ikon WWE pada ketika itu ialah Stone Cold Steve Austin dengan trademark dia yang suka tunjuk jari tengah,suka minum beer,mencaci maki siapa je yang dia suka,tidak pedulikan undang2 hingga beliau bekonfontrasi dengan pemilik WWE Vince Mcmahon (yang sebenarnya juga jalan cerita untuk promosi tersebut).
WCW telah berada di ambang kehancuran apabila penggusti2 kelas B di promosi tersebut telah di ketepikan hak mereka,dan menyebabkan bintang2 gusti kelas B tersebut telah berhijrah ke WWE,dan di berikan acara utama oleh WWE seperti Chris Jericho yang menang World Heavywieght Champion yang beliau telah di ketepikan hak untuk sebarang kejuaraan merebut tali pinggang di WCW.
WCW juga telah mengalami kerugian yang banyak kerana membayar gaji bintang2 ternamanya yang kadang kala hanya sebulan sekali muncul dalam acara2 di WCW,masalah dalaman sesama penggusti yang belaku di sebalik tabir dan juga berlaku di dalam gelanggang.(sama macam kes Bret Hart ngan Shawn Michaels dulu)antara Hulk Hogan,Jeff Jarret dan Vince Russo.bole baca kat sini.
Masalah demi masalah dan juga rating siaran yang semakin menurun,yang menyebabkan kerugian berlipat ganda,akhirnya WCW telah di beli oleh WWE.segala akrib perlawanan,hakcipta,product WCW semuanya telah menjadi milik WWE.kini WWE lah yang telah menguasai sukan hiburan ni dan terkenal di seluruh dunia.

Dokumentari ni kira best jugak lah..kalau peminat baru memang taktau WCW ni pernah wujud dan pernah menjadi pesaing hebat WWE.ada jugak perlawanan klasik WCW yang terbaik seperti Ric Flair lawan Sting,Hulk Hogan  lawan Macho Man.pada siaran akhir WCW Monday Nitro 26 Mac 2001,perlawanan antara Ric Flair dan Hulk Hogan sebenarnya telah di request oleh Vince Mcmahon yang di katakan perlawanan klasik.
So,pada peminat wrestling,terutamanya peminat2 lama silalah layan tak kisah la yang versi sedut ke,nak beli dvd dia ke,memang di rekomended layan Rise And Fall Of WCW ni.

                                         Rise And Fall Of WCW Trailer


11 comments:

  1. wcw? ada 2 benda best je yg aku (masih) ingat...
    1) goldberg undefeated streak
    2) monday night wars

    ReplyDelete
    Replies
    1. Monday night wars tu la yg ramai peminat pening,nak tengok Raw ke atau Nitro

      Delete
  2. lama betul dah tak nengok gusti...

    WCW yang aku ingat zaman Ric Flair ngan Sting la...tapi kecik2 awal 80an dulu suka benar nengok "On The Mat" dgn star wrestlernya Mark Lewin.

    ReplyDelete
  3. Suatu masa dahulu, WCW ni boleh diibaratkan mcm Channel V rivak dgn MTV...kalo dlm WCW ni dulu aku minat Sting hahaha.....respect!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama bro..aku minat time dia rambut panjang mcm the crow tu

      Delete
  4. Ready To Rumble pada aku antara filem yang berjaya buatkan rockstar2 WCW ni berlakon. Sting, Goldberg...macho giler dorang dalam movie ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru teringat kat movie tu..best jugak movie tu ya

      Delete
  5. suka zaman NWA lagi... ric flair, dusty rhodes, barry windham, anderson brother ( zaman 4 horseman ) Road Warrior atau Leagion Of Doom.....time tu..ada lawan dalam cage memamng best gila...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bro..dulu masa aku bebudak lagi kalau lawan dlm cage tu aku ingatkan betul2 real..hehe

      Delete
  6. dulu minat...skarang dah tak paham

    ReplyDelete