Friday, 28 December 2012

Radio Zaman Sekarang

Oleh : Lea LipstikMerah




setiap hari bekerja
kita selalunya memandu kenderaan
naik motor.naik kereta.bus atau teksi
mesti pasang radio untuk membunuh kebencian traffik jam

or zaman moden pasang mp3. orang naik moto sekarang pun dengar radio
dunia makin moden
ok. ni nak cerita pasal radio

sejak zaman2 belajar lagi.
radio di Malaysia dah tak macam dulu kala

ada 5 benda yang nak di kata.
makin lama makin menjadi.

1- Prank Call sana sini!

Radio melayu or english. or maybe chinese dan india pun ada kot benda ni. Walau pun segmen itu sekejap,tapi bayangkan la, sekelip mata kisah peribadi kita di perdengarkan. even censored2 pun. mesti ada 30 orang yang kenal siapa yang kena tu. betul tak? pagi2 buat orang marah. boleh stress
Apa diorang ni tak ambil ikhtibar kes prank call turn worst yang terjadi kat Australia tu ke? sampai bunuh diri nurse tu.! Memang seronok kenakan orang, tapi untuk apa?

2- Gossip Girl

Zaman sekarang Kiah Propa pun layak masuk tv. masuk radio. Masyarakat kita dah di momok dengan 1001 program gossip. Melodi.Galaksi.Meletop.Propaganza. dan macam2 lagi. cerita yang sama. Entah betul ke tidak. Ini bukan fungsi radio. Sudah2 la bergosip di radio. Dah la gosip jenis taknak bagi tahu siapa pelaku. NAK MAIN2 HINT LA. bagitau je la nama! Kan senang. ini nak suruh orang spekulasi sana sini.

3- Kelayakan DJ

DJ zaman sekarang mostly pelawak2. tak salah nak berlawak. tapi bila dah penuh dengan pelawak2.
Baik wujudkan Radio Warna 132, khas untuk DJ2 berstatus pelawak. Then ada pula yang siap jadi kaunselor dengar masalah orang di radio. Si pemanggil sanggup dedah cerita di radio. "janji gua masuk radio" . Layak ke DJ tu dengar masalah dan ulas? Setakat bintang realiti SPM pangkat 3 terus jadi counselor.

4 -Info Traffic
Ini lagi satu perkara yg x berapa munasabah. kalau dah pagi tu mestila semua traffic jam. semua la station2 ni nak berebut2 report pasal keadaan traffic. secara amnya radio boleh je conclude " SEMUA JALAN JAM PAGI2 SEBAB SEMUA ORG NAK MASUK KL NAK PEGI KEJE OR SEKOLAH! SEKIAN HARAP MAKLUM"

5 - Iklan
   
Ya. Memang iklan untuk jana pendapatan radio.Tapi dalam masa 15minit. 3 lagu je dapat dengar.
Yang lain? Iklan dan artis2 bagi motivasi dekat pendengar, jangan bercinta time sekolah la. padahal SPM pun cukup2 makan. jangan itu la .jangan ini la.Sudah2 la. Kurangkan Iklan. Baik wujudkan Radio Iklan.


sejak dari hari itu

saya dengar  Klasik Nasional
Iklan pun sekali sekala. iklan yang cukup klasik
lagu pun best2

tolong. kembalikan fungsi radio
kami mahu dengar Pujaan Sepuluh Nescafe. hahaha

setuju atau bangkang?

Pendapat Aku : Selain mengarut dan tah hapa2,tatabahasa yang di gunakan pun hancus.terus terang,aku lagi respek dj radio melayu Singapura,tatabahasa yang dj2 sana gunakan memang terbaik dan teratur.

8 comments:

  1. Sedih tapi itulah yg berlaku di dalam stesen radio sekarang, baik di semenanjung ataupun di negeri aku, sarawak ni. Paling aku rasa x best langsung ialah lagu2 yg diputarkan lebih kpd artis2 kroni sahaja, kalo artis2 independent tu sering dipinggirkan.

    ReplyDelete
  2. Klasik Nasional?? kita serupa... layan Oldies lagi best... Pujaan 10 Nescafe pun Rules!!

    ReplyDelete
  3. peminat setia klasik nasional since 2006

    skrg ada opsyen kedua, nasional FM (pecahan muzik FM) sentiasa di hati~

    ReplyDelete
  4. Dalam kereta aku selalu layan radio Spore...terutama yang main lagu2 80's macam Class 95 ataupun Gold 90.5...ni memang takder mengarut...lagu pun best...

    Tapi kalau radio Malaysia memang selalu juga bukak Klasik Nasional sampaikan orang rumah sound awak ni dah macam orang tua la....heheh

    ReplyDelete
  5. alternative rock show by kamil othman rancangan yang aku sentiasa ditunggu² suatu ketika dulu... dengar pakai radio saiz separuh A4 satu speaker je tu... perghhh kenangan...

    ReplyDelete
  6. setuju 100% .

    paling menyampah kalau dengar penggunaan kata "korang" ketika siaran radio...

    sempoi lah tu konon...

    ReplyDelete
  7. radio kegemaran saya sekarang...

    1. BEST 104
    2. KLASIK DAN NASIONAL FM
    3. SINAR

    ReplyDelete