Saturday 8 December 2012

Buku Metallica : The Music And The Mayhem

Walaupun buku ni hasil tulisan Malcolm Dome dan Mick Wall,tapi isi dalam buku ni takda menarik sangat.hanya berkisarkan kisah rakaman album2 Metallica dari demo mereka,hinggalah ke album 'Death Magnetic'.ada lah 2-3 kisah yang menarik dalam buku ni.
Ada juga di selitkan gambar2 dan timeline Metalica dari mereka remaja,sampai lah berjaya ke tahap sekarang ni.



Antara yang menarik dalam buku ni :
-Masa nak record album ..And Justice For All,Metallica sebenarnya mahukan Mike Clink (penerbit album Guns n Roses Appetite For Destruction)tapi semuanya tak menjadi,mereka akhirnya mengambil Flemming Rasmussen untuk jadi penerbit album ni.ada jugak cerita kenapa bunyi bass Jason Newsted tak kedengaran dalam album ni..

-Black Album : Metallica mahukan Bob Rock jadi producer kerana mereka tertarik dengan hasil kerja Bob Rock untuk album Motley Crue 'Dr.Feelgood' kerana sound dan groove yang 'besar' dalam album tu.sebab tu sound Black Album tu best.Lars cakap,oleh kerana nama beliau Bob Rock,mesti beliau mat rock jugak kan..pertama kali mereka memainkan riff 'Sad But True' depan Bob Rock,Bob terpesona dengan riff tersebut dan mengatakan riff tersebut sebagai 'Kashmir of the 90s' (seperi lagu Led Zepplin Kashmir).dan hasilnya,album Black sukses walaupun mereka telah di katakan 'sell out'.

-Album Load : kontroversi tentang cover album Load.cover yang bertitle 'Blood & Semen 3' hasil artis dari Europe,Andres Serrano.menggunakan campuran darah dan semen Kirk Hammett kononnya,tapi Kirk menafikanknya.album yang di gelar 'Pop Metal' ni menampilkan imej Metallica berambut pendek dan teruk di kritik peminat Metallica.Hetfield cakap,'rambut panjang dah tak berguna lagi untuk Metallica,dan ini adalah undang2 Metallica sama ada anda suka atau tidak'
-Album St.Anger :
Album ni mendapat gelaran 'March Of The Dustbins' kerana bunyi drum Lars Ulrich yang macam ketuk tong kosong.album ni di hasilkan dengan penuh masalah dalaman Metallica,tiada lagi Jason Newsted,solo2 Kirk Hammett pun takda dalam album ni.Hetfield cakap lagu 'Frantic' adalah vokal terbaik dari beliau.
-Album Death Magnetic :
Dengan producer baru Rick Rubin,album ni menjadi hit,sukses dan mendapat pujian dari pengkritik muzik.majalah Rolling Stones telah mengatakan,'Metallica is becoming Metallica again'.cover album ni juga di katakan kontroversi,walaupun cover tersebut sebenarnya gambar sebuah keranda,tapi pengkritik kata cover album tu adalah gambar 'vagina'(kemaluan wanita) tapi di nafikan oleh Lars Ulrich.semasa rakaman album ni,Rick Rubin cakap,kalau dah ada lagu yang betul2 best,baru panggil dia datang studio.kalau tak jangan panggil dia.sebab tu dalam dvd making of Death Magnetic,muka Rick Rubin ni susah nak nampak.kalau ada pun duduk kat sofa je sampai peminat Metallica komplen..hehe.kerana Rick Rubin ni jugak la Metallica kembali menjadi Metallica semula..


Kepada peminat tegar Metallica boleh la dapatkan buku ni. ni bukan lah biografi Metallica,hanya discography album2 Metallica dari awal hingga sekarang.buku ni di beli kat Kinokuniya KLCC.

8 comments:

  1. tahun demi tahun, aku dengar2 balik, tengok youtubes, aku rasa lagu Blackened ni memang legend abis. Dah tu pandai lak dorang chreorograph lagu ni ngan gimik2 stage effect tu semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu blackend dia punya riff yang menggila tu best..hehe

      Delete
  2. Berapa harga buku ni bro?nanti aku nak check kat website Kinokuniya malaysia...tak boleh jadi ni,ramai dah member blogger dah beli buku biografi Metallica...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rm 44.90 bro..try la tengok kat web kino

      Delete
  3. Banyak betul buku pasal metallica...tak larat dah aku nak baca

    ReplyDelete
  4. dah lama tinggalkan Metallica ..last layan Black...lepas tu... 2 album tu terus stop.... apapun OLD METALLICA jugak rules!

    ReplyDelete
  5. Magnificent goods from you, man. I have understand your stuff previous to and you're just extremely wonderful. I really like what you've acquired here,
    certainly like what you're saying and the way in which you say it. You make it enjoyable and you still care for to keep it wise. I cant wait to read far more from you. This is really a terrific website.

    My web-site: click here

    ReplyDelete
  6. Buckeye Lake laser treatment rosacea

    Also visit my web page: http://rosaceago.com

    ReplyDelete