Tuesday, 29 October 2013

Until The Light Takes Us (2009)


Aku bukanlah peminat tegar muzik bergenre begini,tapi dokumentari tentang muzik berat dari Norwegian ni agak menarik juga untuk di tonton..
Dokumentari ni mengisahkan tentang muzik black metal yang sebenar2nya.muzik yang berunsurkan kegelapan,dengan liriknya lebih terarah kepada setan menyetan.mereka secara total menolak fahaman agama mereka (kristian) secara terang2an.perjalanan cerita memang menarik,menceritakan bagaimana ianya bermula pada penghujung 80an dan awal 90an,dan seterusnya berkembang menjadi ideologi dengan menggunakan idea kreatif mereka untuk mencipta lagu yang berunsurkan kegelapan dan terus menjadikan genre black metal ni terkenal di mata dunia,hingga membawa pengaruh mereka sehingga ke sini.

Ada juga interview dengan ahli band yang boleh di katakan lagenda dalam dunia muzik gelap ni.antaranya ialah :
Gylve "Fenriz" Nagell (Darkthrone)
Varg "Count Grishnackh" Vikernes (Burzum)
Jan Axel "Hellhammer" Blomberg (Mayhem)
Olve "Abbath" Eikemo (Immortal)
Harald "Demonaz" Nævdal (Immortal)
Bjarne Melgaard (visual artist)
Kristoffer "Garm" Rygg (Ulver, Arcturus)
Kjetil "Frost" Haraldstad (Satyricon, 1349, Keep of Kalessin)
Bård "Faust" Eithun (Emperor)

Antara kisah kontroversi dalam dokumentari ni ialah kisah pembakaran gereja oleh Varg Vikerness,kisah beliau membunuh Aarseth (Mayhem),ideologi black metal,sehinggakan ramai penduduk Eropah agak fobia dengan muzik black metal ni.lebih menarik,pembikin filem ni telah menetap di Norway selama 2 tahun untuk mengkaji dan melakukan penggambaran dokumentari ni yang mengambil masa yang agak lama(bukan macam majalah mastika main tulis je bukan nak buat kajian dulu)
So,pada mereka kat luar sana yang tak tau apa itu black metal,sila tengok dokumentari ni..untuk pengetahuan,muzik metal sebenarnya banyak cabangnya dan bukan semua band yang memainkan muzik metal memuja setan (ada yang kata Nirvana,Metallica dan Guns n Roses ialah band black metal yang memuja setan..heheh..)
Pada aku ini adalah antara dokumentari terbaik yang pernah di hasilkan untuk memberi penjelasan pada mereka yang tak tau tentang muzik dari negara yang 'cold and dark' ni..di rekomen untuk peminat muzik metal juga..
*3/5

6 comments:

  1. aku tengok kat youtube ajer....bukanlah genre yang aku berkenan sangat pun...

    ReplyDelete
  2. aku tengok dah docu ni (versi sedut). agak menarik jugak terutama interview bersama Varg. Memang racist betul dia. hahaha

    ReplyDelete
  3. Norway government take Black Metal seriously. Pasal its a form of world's attention on them.
    Free advertisement.

    ReplyDelete
  4. Seriously walaupun aku x minat sgt dgn genre black metal ni, tapi aku cukup suka dokumentari ini. Walaupun starting nya agak lembab dgn jalan penceritaan yg slow...tapi apabila dah masok part cerita bakar gereja dgn interview dgn Varg, that's where it gets more interesting...

    ReplyDelete
  5. lantak la org nak kata... whatever about this film or black fakking what racist or fuk what...

    Fenriz is sempoi nice cool human being.

    hail Fenriz!!!

    ReplyDelete