Monday 14 October 2013

Demon Knight Soundtrack (1995)


Filem seram Demon Knight terbitan tahun 1995 ni sebenarnya adaptasi daripada komik seram popular US yang telah di terbitkan sejak dari tahun 50an lagi iaitu Tales From The Crypt.sebenarnya filem ni takda la seram sangat pun,ada juga di selitkan unsur2 komedi.


Album ni di edarkan untuk pasaran Malaysia oleh Sempoerna Music (dulu aku ingatkan cuma ada rokok sempoerna je)tapi Sempoerna Music ni tak silap aku dah takda lagi mengedarkan album2 soundtrack dan album2 band metal,sama seperti Rock Records yang dah takda lagi.dulu Sempoerna Music ni antara pengedar aktif album2 rock dan metal di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Lagu2 dalam album ni semua bergenrekan rock,metal dan sedikit alternatif,cuma ada satu kumpulan hip hop je yang terselit dalam album ni.


Lagu2 yang ada dalam album ni :
1.Pantera - Cemetary Gates (demon knight edit) lagu versi pendek,takda jeritan Anselmo di penghujung lagu.lagu ni memang best la,antara hasil kerja gitar yang terbaik dari Dimebag Darrel
2.Ministry - Tonight We Murder.band industrial metal,lagu ada ala2 rap sikit,dengan vokal yang meleweh,member aku cakap ni lagu mintak penyanyi dia mintak penampar..heheh..
3.Machine Head - My Misery.masa ni kalau tak silap aku band Machine Head ni baru je nak naik dengan first album 'Burn My Eyes' pada tahun 1994.stail lagu ni pun ada ala2 Pantera sikit.
4.Megadeth - Diadems.ok la best.sapa yang selalu dengar Megadeth memang tau la stail muzik abg Mus ni macam mana.masa ni pun Megadeth masih lagi dengan line up klasik mereka bersama Marty Friedman.lagu ciptaan abang Mus.
5.Melvins - Instant Larry.ni band experimental rock/metal,agak huru hara jugak muzik dengan vokal dia

ok la bukan jenis inlay sekeping,ada juga la di selitkan screenshot dari movie demon knight ni.

6.Rollins Band - Fall Guy.band post punk/hardcore ni yang aku kenal cuma penyanyi and pengasas band dia je,sapa lagi kalau bukan Henry Rollins.Henry Rollins selain dari menyanyi,beliau juga terlibat dengan kerja2 amal,aktif dalam politik dan juga berlakon.
7.Biohazard - Beaten.sama macam Limp Bizkit,band ni memang dari dulu aku ignore.band yang berkonsepkan metalcore/post punk/hardcore.sama macam Fred Durst yang suka buat kontroversi,penyanyi dan founder band ni Evan Seinfeld pun rajin cipta kontroversi jugak,pernah berkahwin dengan pornstar Tera Patrick (yang pernah berlakon dalam filem seram indonesia 'rintihan kuntilanak')dan ada syarikat produksi menerbitkan filem2 lucah.tak hairan la kalau Fred Durst pun jadikan Biohazard dan Evan Seinfeld ni idola diorang.
8.Sepultura - Policia.lagu ni pernah mencetuskan kontorversi jugak sampai masuk harian metro dulu..sebabnya?kena dengar sendiri,pada pertengahan lagu ni dengan menggunakan earphone.aku malas nak cerita kat sini..
9.Filter - Hey Man Nice Shot.band ni aku pernah dengar,rajin mengubah konsep muzik diorang,sekejap industrial,sekejap alternative.tapi yang sebenarnya band ni berteraskan industrial metal.pernah popular dengan lagu mellow ballad "Take a Picture".
10.Gravediggaz - 1-800-Suicide.lagu paling hampeh!


Overall,lagu2 soundtrack ni kira kena la dengan mood filem ni,kecuali lagu rap/hip hop tu yang aku rasa tak kena dengan mood cerita ni..heheh..apa pun lagu Pantera dengan abg Mus and the gang memang paling best.






6 comments:

  1. dulu beli ni pasal nak dengar Megadeth...sayangnya Diadems tak sebest Angry Again...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..dulu2 mana ada intenet macam skarang ni kan..kalo hanya nak cuba2 dengar pun kena beli kaset/cd dia jugak..harap kerrang je dulu pun kalo nak tau pasal lagu2 ni suma..

      Delete
  2. tu jam dah beli Youthanasia, yang versi EMI Malaysia yang dalam jaket hitam untuk cover banned cover.
    Lepas tu keluar Youthanasia double cd, beli lagi, antara sebab pasal Diadem kat dalam...
    zaman suka megadeth. skarang kureng dah suka nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang sarung hitam tu penah beli versi kaset dulu,lepas kuar double cd tu,megadeth riliskan semula EP hidden treasures tu..ada beli,org pinjam sampai sekarang tak reti nak pulang..heheh..megadeth era marty jugak yang best..

      Delete
  3. Filem ni best jugak sebenarnya, Jada Pinket Smith baru nak famous masa ni...belum kawen dgn Will Smith lagi. Aku suka part mcm mana diorang dpt darah suci tu...turun temurun semenjak Jesus disalibkan...perghh mindblowing jugak jalan cerita dia...lantak dia la, agama dia...sukati dia putar beli ajer...asal cerita menarik haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah..betul bro,pasal agama diorang memang sukati diorang je nak putar belit cerita..

      Delete