Sunday, 13 October 2013

Rock Kapak/Kangkang Part 3

Cerita pasal rock kangkang 80/90an kali ni,nak cerita pasal lagu2 rock yang bertemakan seram dan misteri..kebanyakkan band rock kangkang 80an dulu banyak menghasilkan lagu2 rock bertemakan seram/misteri yang bagus2.antaranya..


Crossfire - Kuasa Mistik
Selain pernah popular dengan lagu Realiti dan Fantasi,Crossfire pun ada buat lagu berunsurkan heavy macam lagu Kuasa Mistik ni.lagu ni mengisahkan tentang santau/pemujaan syaitan.ok la lagu ni,stail muzik dengan nyanyian tu memang terasa unsur2 seramnya..


Febians - Di Sebalik Langsir Biru
Kaset pertama band rock kangkang yang aku beli hasil kumpul duit belanja sekolah dulu..heheh..dulu bila layan kaset ni,lagu yang selalu aku aku fast forward ialah lagu Di Sebalik Langsir Biru ni..yelah pasal lagu ni tak berapa nak heavy sangat,lebih nak melayan lagu cintan jek masa tu..heheh..tapi bila dengar balik..ok lah..boleh tahan..suara Bandi Amuk (dulu nasha nama dia kalau tak silap)dulu2 time jerit agak 'chicky' sikit berbanding ngan zaman Amuk lebih kepada vokal ala2 growl gitu.


Wings - Bujang Senang
Lagu ni memang ramai yang taukan,pasal icon/lagenda buaya jadian yang bernama bujang senang.buaya lagenda yang paling terkenal di Sarawak.(mungkin Ijau atau Adi Herman boleh buat entri pasal lagenda buaya ni?pasal aku pun tak tau detail kisah buaya legend ni)lagu ni memang best.intro dia je boleh dengar bunyi air dan dengusan buaya.terus dengan jeritan Awie dan riff gitar Joe heavy tu.lagu heavy era 90an yang terbaik..


Rusty Blade - Langsuir Liar
Kalau lagu ni memang tak payah nak cerita la,pasal ni antara lagu paling heavy dan paling terbaik Rusty Blade.efek seram dalam lagu ni memang terbaiklah,suara salakan anjing,suara perempuan menjerit,kena pulak dengan riff gitar Khalid Mobin yang menyeramkan tu,kalau dengar lagu ni tengah malam time sorang2 terasa jugak la aura seramnya..heheh..


Ni je lah pada aku antara lagu2 rock kangkang dulu2 yang ok dan best..mungkin ada antara lagu yang aku terlepas pandang..kalau ada sesapa yang tau ada lagi lagu2 yang macam ni boleh bagi tau..


8 comments:

  1. pernah dengar "Gua Musang - BPR" ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..penah.lupa pulak lagu tu..tq2 sebab ingatkan..heheh

      Delete
  2. lagu kabus metalian? mistik jugak tu hehehe

    ReplyDelete
  3. bujang senang intro and outro dari satu lagu David Lee Roth kat kaset skyscraper. kira steve vai la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo..baru tau..ada jugak unsur2 ciplak rupanya..ingatkan lagu prodigal son ngan lagu how many tears je..heheh

      Delete
  4. aik...mana lagu Junction - Bercakap Dengan Jin (Tamar Jalis)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tu dah penyanyi baru,bukan hatta aku dah tak follow junction..heheh

      Delete