Friday, 4 October 2013

Alanis Morissette - Jagged Little Pill (1995)


Antara cd yang paling lama di beli yang masih berada dalam simpanan aku ialah cd Alanis Morissette ni,sebabnya terpengaruh (sedikit) dengan aura muzik alternatif,grunge pada era 90an..heheh..memandangkan review yang positif dalam majalah dan surat khabar pada ketika tu membuatkan aku beli album ni..


Sebenarnya album ni ialah album ketiga Alanis dan juga merupakan album pertama beliau untuk pasaran US dan juga antarabangsa.album ni menjadi sukses dengan berada di tempat pertama di carta Billboard,dengan jualan sebanyak 18.7 juta salinan di seluruh dunia.Maverick Records (tempat syarikat rakaman  Alanis) merupakan kepunyaan penyanyi sensasi Madonna,dan beliau turut berbangga dengan kejayaan Alanis ni.album ni diterbitkan oleh Glen Ballard yang sebelum ni pernah produced album untuk Aerosmith,Van Halen,No Doubt,Michael Jackson dan Shakira.juga pernah tercalon untuk 9 kategori anugerah Grammy dan telah memenangi 5 kategori pada tahun 1996.



Yang aku masih ingat,ketika album ni tengah hangat,ramai artis2 solo wanita Malaysia yang baru nak keluar album semua berkonsepkan ala Alanis ni,dari stail muzik hinggalah ke stail vokal Alanis yang gedik dan 'chicky' tu,semua album berkonsep 'alternatif'..tapi biasalah,kalau scene muzik Malaysia ni semuanya bermusim,ramai dah tak dengar alternatif,sekarang ramai artis ala Kpop pulak..heheh..


Lagu2 dalam album ni boleh di katakan semuanya pernah menjadi hit dan menguasai carta muzik pada masa tu.antara lagu2nya seperti All I Really Want,You Oughta Know,lagu ni aku suka,pasal pemuzik undangan yang main dalam lagu ni ialah Dave Navaro (Jane's Addiction) dan Flea (Red Hot Chili Peppers)pemainan bass Flea dalam ni memang meletup2 bunyinya,sebenarnya Flea dan Dave Navaro kebetulan berada di studio ketika Glen dan Alanis memainkan demo lagu tersebut,tertarik dengan melodi lagu You Oughta Know,Flea dan Dave menawarkan diri untuk bermain dalam lagu tu..lagu ni juga pernah jadi kontroversi pasal ada F word yang mengakibatkan konsert Alanis kat kl masa tu hampir di batalkan semata2 kerana F word tu..lawak kan?heheh..kalau artis hindi bukak baju kat stadium negara dulu takda pulak jadi kontroversi..
Yang lain2 lagu seperti Hand In My Pocket,You Learn,Head Over Feet dan Ironic (lagu ni berada di carta RIM Hitz.fm di tempat pertama selama beberapa minggu,kalau sesiapa yang masih ingat lagi)majalah Rolling Stones telah meletakkan album ni antara 100 album terbaik dekad 90an.album ni juga telah di riliskan kembali pada tahun 2005 sempena ulangtahun ke 10 album ni tapi dalam versi akustik.
Stail muzik yang catchy dan simple,mudah di hadam walau anda bukan peminat alternatif muzik.pada aku Alanis Morissette ni antara wanita terbaik dalam dunia rock era 90an,selepas Joan Jett dan Lita Ford.pada mereka yang belum pernah dengar album ni,cuba2 lah layan,mungkin anda akan suka atau sebaliknya..




11 comments:

  1. Oh man, mana boleh lupa album ni beb...antara paling sukses di dekad 90'an ni...aku ada versi kaset dulu, skrg entah ke mana haha...yup, bass playing Flea utk lagu You Oughta Know memang sungguh obvious sekali...steady....disebabkan lagu Hand In My Pocket juga lah aku terminat nak belajar main harmonika haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..heheh..lagu2 dia dlm album ni memang sedap n senang nak hadam

      Delete
  2. adakah abot artis yg dimaksudkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abot,noryn aziz,alfira n ada yg aku dah lupa nama2nya

      Delete
  3. terjebak juga la walaupun takder kaset atau cdnya...heheh...

    tapi aku tau 3 lagu ni ajer... "You Oughta Know", "Hand in My Pocket" dan "Ironic".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit hari lagi terjebak dalam rachunan lp pulak..heheh

      Delete
    2. takat ni pendinding aku masih kebal...hahaha...

      Delete
  4. Ya this is a very nice cd, ada satu lagu extra kat hujung tu kan, sedap. Secret song gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup,ada hidden track tapi tajuk dia taktau..hehe

      Delete
  5. album terbaik alanis... steady

    ReplyDelete
  6. sampai lani follow music journey die...walaupun zmn album jagged little pill tu kuar zmn ak baru nak kenal ABC..

    ReplyDelete