Friday, 18 October 2013
Tanya Sama Itu Hud Hud
Apakah Maksud Tersirat Lagu M. Nasir "Tanya Sama Itu Hud - Hud"? Pernah tak korang dengar lagu hasil ciptaan M. Nasir iaitu ‘Tanya Sama Itu Hud - Hud’. Lagu yang senang melekat di halwa telinga ini sebenarnya mempunyai lirik yang tersirat serta bermakna. Mari kita rungkaikan maksud lagu tersebut satu persatu.
"Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan"
Pernah dengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecah kepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.
"Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah." (lihat Sunan Abu Daud no 4429).
Maknanya, yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat. Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak?
"Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh"
Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Simurgh juga bermaksud 30. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ke tahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya, perjalanan burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup. Raja yang ditemui adalah diri mereka sendiri.
"Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu"
Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara, beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan tugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?
"Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih"
Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung,with an open mind dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.
"Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini"
Mula-mula saya kurang faham dengan rangkap ini. Tetapi akhirnya menemui satu blog. Penulis blog menyatakan bahawa,
"Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah. Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!"
Ada betulnya kata beliau. Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini, di dunia yang penuh kalut ini.
"Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai"
Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat tak?
"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari"
Yang ni, kena baca kisah Musyawarah Burung. Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini.
Pendapat aku : ada benarnya juga.lagi pun setiap lagu dan lirik sifu M.Nasir memang mendalam maknanya,lagi satu lagu "Keroncong Nostradamus" tu..agak2 ada yang faham tak?tak faham jugak?tanya sama itu hud hud lah..heheh..
Sumber : http://www.hairanblog.com/
Labels:
Entertainment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
perggh~ mula2 aku baca mmg hang terer sastera bab2 korek maksud tersurat/tersirat lirik lagu (mcm pckokak)
ReplyDeletetp last2 rupanya dari sumber lain, hehehe...
Heheh..idea tak mari.tejumpa pulak cite hud hud ni..aku bab nak mengkaji ni tak seterer pc kokak
DeleteWorth reading walaupun bukan semuanya hang tulis...dari dulu dah aku cuba nak memahami lagu ni...pasal 73 pintu tu memang dari hadith sahih...keroncong nostradamus tu lagi la mendalam maksudnya...kena kaji jugak tu
ReplyDeleteIjau & adi : sejak bila hangpa ni tukaq negeri?tak penah hangpa cakap lagu ni kat chek..hahah
ReplyDeleteaku dok penang 8 tahun (wasted years 1997-2005), so kdg2 terlepas jugak loghat utara
DeleteOoo..patut la..heheh..takpa satu malaysia maa..
DeleteAku dok Langkawi 5 hari jer dah boleh cakap utara dah hahaha...
Deletesusah nak jumpa lirik2 macam ni kat lagu2 zaman sekarang...
ReplyDeleteBetul..penulis lirik yg best pada aku s.amin shahab ngn m.nasir je..lirik puitis
Deletepernah jugak dengar kisah Musyawarah Burung ni, tapi setakat ni belum pernah jumpak lagi buku dia kat kedai.. waktu tu agak tertarik dengan fahaman Wahdatul Wujud, siap pergi jumpa dengan orang yang mendalami fahaman ni..
ReplyDeletesambil pekena kopi, sambil dengar dia cerita.. memang menarik kisah dia sebab falfasah kerohanian yang dia gambarkan melalui penceritaan burung tu memang kena dengan jiwa masa tu.. cuma kalau tafsiran tak kena, boleh sesat.. contoh macam pengulas tu kata,
"Raja yang ditemui adalah diri mereka sendiri."
ada yang tafsir hakikat diri yang sebenar-benarnya adalah Allah, yang menyembah dan disembah adalah satu, yang wujud hanya Allah, kita ni hanya bayangan Allah atau sebahagian daripada Allah, dari situ ada yang anggap diri dia dah terlepas dari tuntutan syariat..
Maulana Asri ada bagi pandangan yang pertengahan dalam menilai Wahdatul Wujud, boleh tengok SINI
Wah..nice..tq so much bro..penah juga dengar kisah tu tapi tak brapa detail..
DeleteMana post aku hilang dah... ok takpe, aku nak bilang aku suka lagu. Live lagu ni ribut.
ReplyDeleteHarini server blog down kot aku komen pun nak kena taip 2 kali..
Delete