Friday, 14 February 2014

Golongan Berkategori

Sedar atau tidak,kita selalu juga berhadapan dengan beberapa golongan ni.walau pun ada antaranya adalah rakan2 terdekat kita,tapi ada sesetengahnya kadang kala perangai nya menjengkelkan..bukan lah niat aku nak memburuk kan kawan,cuma entri ni harap boleh memberi 'kesedaran sivik' pada mereka ni semua..

-Golongan peminjam
Kalau yang buat loan bank tu lain ceritalah..ni aku nak cerita pasal kawan2 yang suka meminjam antaranya :
1.Pinjam duit.ok ni aku rasa bukan aku sorang yang penah alami,mungkin antara orang juga kerap mengalaminya.macam situasi aku,sebab kerana kawan tengah susah,merayu sampai datang ke rumah mintak tolong.aku dengan niat nak menolong tu bagilah juga.macam biasa si peminjam akan cakap sekian2 haribulan nak bayar balik,sampai masanya sunyi sepi,sampai kadang aku tebalkan muka sms mintak balik duit aku (pedulik apa duit aku ye tak?hahah..)tapi takda jawapan.lagi bertambah sakit hati bila si peminjam ni canangkan kat fb yang beliau ada menjalankan perniagaan itu dan ini..cakap memang 'world' habis..cakap ada untung berlipat ganda,kalau untung berlipat ganda itu hutang kasi settle la bro!

2.Pinjam kereta/motorsikal
Yang ni pun sama seperti di atas,ada yang bebudi bahasa sewaktu pinjam dan memulangkannya semula,tapi ada juga yang tak reti2 bahasa..kalau dah pinjam untuk perjalanan jauh dan kenderaan tu masa di pinjam tangki minyak nya penuh,tak reti2 ke nak refill balik minyak tu..orang berbudi kita berbahasa beb..

3.Pinjam cd/dvd/lp
Golongan ni paling tak boleh blah.aku cukup2 tak suka dengan golongan ni.kononnya nak pinjam untuk copy/burn.kalau sehari tu ok lah,ini sampai buat harta sendiri apa citer?banyak koleksi cd aku hilang begitu saja.bila mintak jawapannya "alamak,aku lupalah,nanti lah aku pulang balik""aku lupa la mana aku letak" dan lagi jawapannya "alamak lu ni dvd cetak rompak je pun,bukannya ori..nanti2 lah aku pulangkan balik" memang la cetak rompak,tapi aku beli guna duit ler..bukan guna air liur.lepas tu pandai2 je nak komplen aku buang duit la beli cd original la apa la..korang tak tau betapa sentimental value nya mengumpul cd/lp tu..pandai cakap je,tapi napa pinjam aku punya barang jugak?
Apa perasaan mereka kalau kita buat macam tu kat mereka jugak?tentu marah juga kan..


-Golongan kedekut
Yang ni memang paling hampeh.kedekut kalau tak kacau orang takpa lah..itu aku boleh terima,tapi ada pulak yang jenis kedekut hak dia,tapi bila hak orang di buat macam hak mak bapak dia pulak.orang jenis macam ni memang tak boleh pakai.

-Golongan yang suka ambik mudah
Yang ni pun satu,suka ambik mudah sesuatu perkara.contoh paling mudah,kerja harian kita.tak kiralah keja pejabat,kilang,keja kedai atau kerja cleaner sekali pun.jangan lah ambik mudah untuk menyelesaikan sesuatu perkara tu.buatlah kerja tu dengan ikhlas dan sempurna..kerja tu kan ibadah jugak.

-Golongan bangsawan
Ini bukan zaman 50an,bukan zaman antara dua darjat,tak payah nak kasta2 kan orang.kau mati pun pakai kain kapan jugak.bukan pakai coat atau tuxedo pun..

-Golongan budak baik
Korang geng yang baik2 ni antaranya yang kuat agama,suka pegi masjid dan belajar agama semua tu aku tabik dan respek kat korang,memang aku mengaku,aku ni bukanlah baik sangat,tapi janganlah pandang kami mat2 rock kental/metal ni macam jahat benar..dan lagi satu korang jangan lah berkelompok kat geng korang je..walaupun kami ni nampak je macam ni,tapi kami juga minat belajar dan mendalami agama islam yang suci ni..

Banyak lagi sebenarnya nak di ceritakan,tapi malas la aku nak bebel panjang2..heheh..cuma apa yang aku nak cakap,kerana golongan ni la kadang niat kita yang betul2 ikhlas (peminjam/penghutang) terus jadi tak ikhlas dah..sorry kalau entri aku ni merapu meraban..tapi itulah hakikat yang terpaksa kita hadapi dalam hidup kita ni.

11 comments:

  1. Replies
    1. kalau emo kena dengar My Chemical Romance ni...hehehe...

      Delete
    2. Hahahah..nak kena ubah stail rambut la mcm ni..

      Delete
  2. Terbaiklaaahhh. Boleh tepek kat fb tak? Hehe

    ReplyDelete
  3. hahaha..memang perna mengalami situasi diatas... yang paling tak lupa,pinjam gitar aku lepas tu jual kat orang..dia kata abang dia ambil..hahaha apapun janji nak bayar balik lepas tu sampai skg aku dah tak jumpa... huhu lepas tu aku terus berenti main gitar hahahaha

    ReplyDelete
  4. hahaha. ni entry sentap ni. senang je bro..tak payah bagi pinjam.kalao diorang banyak sembang untuk pinjam, ko pon kene banyak sembang untuk tak bagi pinjam.hahahaha

    ReplyDelete
  5. I love this post. The Honest Truth.

    ReplyDelete
  6. Golongan no. 3 yg x reti nak pulangkan balik cd/lp tu memang badigol dan bangang tahap kerajaan langit la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..adi pun emo jugak?sabar bro sabarrrrr..heheh

      Delete