Monday 3 February 2014

White Lion - The Best Of (1992)


Antara cd yang menemani aku pergi dan balik kerja dalam bulan januari lepas ialah The Best Of White Lion..
Sama seperti cd Motley Crue yang pernah di ceritkan sebelum ni,album White Lion ini menghimpunkan kembali lagu2 dari 3 album awal mereka seperti Pride,Big Game dan Mane Attraction.pada yang tak tau,Mike Tramp (vokal) telah pun berkahwin dengan pelakon terkenal dari Indonesia iaitu Ayu Azhari.
Seperti Motley Crue juga,White Lion adalah antara band glam/hard rock yang aku dengar ketika baru nak memasuki alam remaja,hasil pengaruh dari abang2 aku yang banyak perkenalkan band glam/hard/metal pada era 80an dan awal 90an.



White Lion ialah Mike Tramp (vokal),Vito Bratta (gitar,juga salah seorang gitar hero era 80an)James Lomenzo (bass,penah join Megadeth kejap)dan Greg D'Angelo (drums).lagu2 dalam cd ni boleh di katakan semuanya best,ada hard rock dan ballad.senarai lagu nya :
1.Wait
2.Radar Love
3.Broken Heart
4.Hungry
5.Little Fighter
6.Lights And Thunder
7.All You Need Is Rock N' Roll (live version)
8.When The Children Cry
9.Love Don't Come Easy
10.Cry For Freedom
11.Lady Of The Valley (live version)
12.Tell Me
13.Farewell To You
*Semua lagu di tulis oleh Mike Tramp dan Vito Bratta kecuali lagu Radar Love.



Personal favourite aku ialah lagu Wait,Broken Heart,Lady Of The Valley,Love Don't Come Easy,Farewell To You, dan lagu power ballad yang dah jadi klasik rock sepanjang zaman When The Children Cry.memang tak di nafikan,kekuatan lagu2 White Lion semuanya hasil kerja gitar Vito Bratta ni,beliau cukup di hormati oleh band2 lain pada ketika itu,teknik two hand tapping beliau la yang menyebabkan beliau di kenali bersama White Lion,sayangnya Vito ni terus menyepikan diri selepas White Lion berpecah.siapa yang boleh lupa petikan gitar akustik beliau dalam lagu When The Children Cry  tu,lagu power ballad kesukaan mat2 rock dahulu kala tu..heheh..
Untuk mereka yang tak pernah dengar muzik White Lion dan cuba2 nak dengar glam rock boleh mulakan dengan album ni dulu..walaupun White Lion ni tak menampilkan imej bad boys macam band glam rock yang lain,tapi antara band glam rock kegemaran aku sama macam Poison,Motley Crue,Skid Row dan Guns N Roses..

3 comments:

  1. Best....aku memang die hard white lion...era 80an mmg byk shredder hebat....dan Vito adalah antara yg teratas...

    ReplyDelete
  2. Kaset pride, dan kaset yang cover depan luar panggung tu. Mane attraction ye? Ha ni semua sampai lunyai kaset2 tu kena main dalam walkman.

    ReplyDelete