Saturday 15 February 2014

Lagenda Yang Semakin Di Lupakan...



Hamzah Dolmat & Tan Sri P.Ramlee

Aku rasa,ramai generasi baru yang tidak pernah tahu dan tak mahu ambik tahu siapakah lagenda yang aku maksudkan..beliau yang aku maksudkan ialah Maestro Hamzah Dolmat,pemain biola lagenda tersohor suatu ketika dahulu.lagu beliau yang masih popular dan di minati sehingga kini ialah "Bentan Telani".pernah di undang oleh kumpulan Blues Gang untuk lagu "Khatulistiwa" dan "Tudung Periuk".
Apa yang menyedihkan,tak banyak info pasal Allahyarham Hamzah Dolmat di intenet.puas aku search menggunakan Google,tapi info tentang beliau terlalu sedikit.kat wikipedia pun hanya sebaris dua je.kenapa lagenda seperti beliau di pinggirkan?takda ke pihak berwajib atau persatuan2 kesenian mengambil insiatif untuk memperkenalkan Meastro lagenda ni untuk generasi baru?beliau ni legend beb..kalau kat Hollywood,memang dah dapat star kat Walk Of Fame tu.

Hamzah Dolmat di lahirkan di Kalang Batin,Singapura pada tahun 1923.ayahnya Dolmat Haji Abdul Fatah juga seorang pemain biola terkenal dan juga pencipta lagu lagu joget.ibunya juga bekas penyanyi Mak Yong.Allahyarham mula belajar main biola ketika berusia 12 tahun lagi.beliau juga memiliki ijazah kedoktoran.seniman tersohor Allahyarham Tan Sri P.Ramlee juga turut mengagumi beliau dengan seni permainan biola beliau.
Antara hasil lagu ciptaan beliau yang unik dan penuh dengan elemen mistik ialah 'Anak Raja Beradu' dan juga 'Bentan Telani'.pernah berkolabrasi bersama Sharifah Aini dalam album 'Lela Manja'.sayangnya setelah beliau meninggal dunia pada tahun 1987,beliau bagai di pinggirkan,nama beliau tidak pernah di sebut sebagai pemain/pengesek biola lagenda negara.

Beliau lah satu2 nya pemain biola yang dah bertaraf legenda yang tiada galang gantinya sehingga ke hari ini..lagu2 beliau masih boleh di dengar di youtube.kalau di barat ramai 'gitar hero' kita 'violin hero' Hamzah Dolmat..!

                                 Bentan Telani

                                     Tudung Periuk

                                   Anak Raja Beradu

7 comments:

  1. Kalau tak silap anak Hamzah Dolmat pun terer main violin gak...sebab my dad pernah tengok performance anak dia di satu ekspo di kuala lumpur suatu ketika dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..n anak beliau pun dah meninggal dunia jugak

      Delete
    2. Tiada anak yg mengikut jejak main biola seperti arwah bapa saya.Anak yang ikut main muzik adalah arwah abang saya Rahim yg bermain piano.

      Delete
  2. wow bro kebetulan 2, 3 hari ni aku tengah layan-layan pasal Idris Sardi...!!!

    tapi Hamzah Dolmat ni lagi legend melayu abis beb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idris sardi pemain biola lagend indon tuuu..penah beliau meluahkan rasa terkilan dia pasal hamzah dolmat yg di pinggirkan masa inteview kt istana budaya tahun 2008

      Delete
  3. secara jujurnya...walaupun dia lagenda...aku tak berapa nak tau pasal arwah...mungkin pasal aku tak minat biola....dan silap industri seni malaysia yang tak pernah menjaga dan menghargai jasa dan peninggalan seniman2 lagenda seperti beliau...

    ReplyDelete