Tuesday 25 February 2014

Hilangnya Penglipur Lara Hujung Tanah

gambar ehsan zura halid
Pada pagi 21 Febuari 2013,telah kembali ke Rahmahtullah seorang insan seni yang boleh di katakan lagenda bagi seluruh rakyat Johor.mungkin ramai yang tak mengenali beliau,di sebabkan nama beliau tak segah seperti A.Samad Said dan Usman Awang.beliau yang aku maksudkan ialah Tuan Haji Ali Badron Sabor.juga di kenali sebagai Ali Badron Tarbus.umur beliau sekitar 60 atau 70 tahun (beliau terlalu merahsiakan usia nya)
Allahyarham Ali Badron berasal dari Batu Pahat,Johor.pernah bertugas sebagai guru dan memiliki kepakaran dalam sastera lisan iaitu penglipur lara sejak di era 60an lagi.antara karya sastera lisan beliau yang paling terkenal ialah 'Surat Kapal'.kehebatan beliau kalau bercerita suka berdendang dan menyanyi dan juga penuh dengan unsur jenaka.

Karya - karya beliau kebanyakan nya cerita nusantara seperti cerita rakyat Indonesia,Brunei dan Thailand,juga cerita tentang asal usul,nama tempat,nama kampung dan juga nama orang.beliau juga menyimpan dan boleh mengingati hampir 400 cerita rakyat dalam ingatan nya.apa yang menarik,beliau juga mendapat pengiktirafan dari UNESCO sebagai 'Tokoh Warisan Orang Hidup' kerana kehebatan penglipur lara dan sastera lisan beliau.

Al Fatihah Tuan Haji Ali Badron @ Ali Badron Tarbus semoga roh beliau di cucuri RahmatNya..

Untuk info lebih tentang Allahyarham boleh tengok kat sini :
http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20120601/sa_01/Perjuangan-seorang-penglipurlara

#Terima kasih zurahalid.blogspot.com

4 comments:

  1. Wow beliau juga tahu pasal cerita rakyat Brunei ye....jauh juga tu
    Al fatihah buat arwah...

    ReplyDelete
  2. penglipur lara.. So ni ialah betul2 nye seorang penglipur lara. Sampai tahap Unesco, dah memang tak dinafikan kepakaran nya.

    ReplyDelete
  3. Inalillahi wainailaihi rojiun

    sayangnya ramai yang tak kenal beliau....termasuklah aku...

    ReplyDelete