Monday, 17 February 2014

2 Filim

Last Vegas (2013)

Filem komedi terbaru dari pelakon yang boleh di katakan legend di Hollywood.di bintangi oleh Michael Douglas,Robert De Niro,Morgan Freeman dan Kevin Kline.walaupun kesemua pelakon ni dah 'senja' tapi lakonan komedi mereka memang menjadi.
Ia nya mengisahkan tentang Bill,Paddy,Archie dan Sam yang merupakan 4 sahabat karib sejak dari kecil lagi.Billy (Michael Douglas) telah membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang wanita muda telah menjemput Paddy,Archie dan Sam untuk menghadiri bachelor party yang akan di buat di Las Vegas.pada mulanya kawan2 Billy agak keberatan untuk datang,tapi setelah di desak oleh Billy mereka akhirnya pergi juga.paling best kisah mereka ni bila tiba di Las Vegas,macam2 hal yang berlaku..memang kelakar la..

Movie ni bukan saja hanya setakat komedi,tetapi juga yang menyentuh perasaan,semangat setiakawan dan sahabat sejati antara  mesej yang cuba di sampaikan dalam filem ni.wajib tengok kalau korang peminat pelakon otai2 tu semua dan peminat filem komedi..

3/5 *






La Bamba (1987)


Filem lama dan mungkin ramai yang dah pernah tengok cerita ni.sebab pertama kali tengok movie ni pun pasal abang2 aku yang bawak aku pergi tengok wayang.masa tu tiket wayang pun baru rm3.00.punca nya abang aku hantar gambar kat whatsapp dia terjumpa soundtrack lp La Bamba ni.antara sebabnya aku nak melayan movie ni semula..

Filem ni mengisahkan tentang Ritchie Valens,penyanyi rock n roll berdarah kacukan Mexico/America yang menjadi terkenal dan mati pada usia yang terlalu muda.(beliau meninggal dunia pada umur 17 tahun)dalam kemalangan kapal terbang.dalam filem ini turut memfokuskan kepada penyakit aviophobia Ritchie yang takut menaiki kapal terbang.
Beliau meninggal dunia ketika berada di kemuncak kemashyuran,dengan lagu La Bamba tengah hit di seluruh Amerika pada ketika itu.ironinya,beliau mati bersama dengan lagenda jazz yang sama2 menaiki kapal terbang bersama beliau iaitu Buddy Holly yang dalam perjalanan untuk melakukan tour seluruh Amerika.

Lakonan Lou Diamond Philips sebagai Ritchie Valens memang terbaik.kerana filem ini juga lah Lou menjadi pelakon class A di Hollywood.Seriously,kalau korang pernah dengar lagu La Bamba versi Los Lobos yang selalu keluar kat radio tu,tapi tak penah tau apa kisah di sebalik lagu tersebut,kena la tonton filem ni..

4/5 *



9 comments:

  1. aku ingatkan apala tajuk "2 filim" ni tadi...

    anggap je las vegas tu the expendables versi non-violent hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..tapi movie dia memang lawak la syok jugak layan

      Delete
  2. Richard Valenzuela a.k.a. Ritchie Valens....masa aku sekolah rendah dulu, siap rakam guna tape player VHS masa movie ni dimainkan di RTM2. Lepas tu tiap kali balik sekolah aku akan tengok movie ni sambil hafal skrip hahaha....even lagu La Bamba pun aku cuba hafalkan liriknya walaupun tak faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..memang terer ko bro..Tresno takmau cover itu lagu kah?

      Delete
  3. Lou Diamond Phillips ni mesti sedara mara dengan geng2 Death Angel kot...semua darah filipina kan....tapi masa tu memang nama dia top...kena pulak lepas tu keluar Young Guns dan Young Guns II....tapi sekarang macam dah tak nampak dia berlakon....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skang ni dia banyak belakon tv series je..yg terbaru Longmire

      Delete
  4. it must have been a horrible plane ride. Penumpang dalam plane tu ada memang takut nak naik flight, ada lak tukar2 tempat ngan lain kena naik bas.
    Aku tak terbaca cerita pasal flight tu. Sedih. Dan impact kat love ones dorang on the ground.

    ReplyDelete
  5. day the music died.. aku suka Madonna nyanyi lagu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..day the music died.best jugak lagu tu.pasal dua legend yang mati sekaligus

      Delete