Wednesday, 19 February 2014

Queensryche - Operation Mindcrime II (2006)

Untuk part one boleh tengok Kat Sini

Selepas 18 tahun,Nikki kembali untuk melunaskan dendam nya..


Keluarnya album ini,bersama2 dengan kontroversi yang hangat,kritikan dan cemuhan teruk di perkatakan pasal album ni.cerita di sebalik pembikinan album yang mengatakan hanya Geoff Tate dan John Slater (producer)yang memainkan kesemua instrumen untuk lagu2 dalam album ni,konflik dalaman antara ahli band dengan Geoff Tate yang di katakan selfish (pasal bini dia jadi manager Queensryche dan anak perempuan dia jadi penyanyi latar,habis semua nak di control kononnya).
Walaupun watak Doctor X tu telah di gantikan dengan Ronnie Dio,tapi album ni tetap mendapat kritikan dan di labelkan antara album paling teruk dalam sejarah rock alaf baru..




Lupakan pasal kontroversi album ni,cerita pasal lagu2 nya pulak..memang tak di nafikan,untuk Mindcrime part 2 memang aku rasa agak mengecewakan.mungkin sebab Geoff Tate menghasilkan album ni dalam keadaan terburu2 dan penuh tekanan,sebab tu hasilnya agak mengecewakan.untuk pertama kali mendengar keseluruhan album tanpa skip,ada beberapa lagu yang kurang menarik.tapi seperti kata pepatah,dalam setandan pisang tak semuanya busuk kan?ada juga la beberapa lagu kira sebagai penyelamat dalam album ni..



Untuk album ini,kisahnya bermula 18 tahun selepas tragedi dalam album part one.Nikki yang baru di bebaskan dari penjara masih lagi menaruh dendam terhadap doctor X, pada masa ni beliau dah berkuasa dan kaya raya.dan pada masa yang sama juga,bayangan atau hantu Mary (awek yang Nikki dah jatuh cinta dan mati dalam album part one)mula menghantui Nikki setiap masa.Nikki akhirnya berjaya bunuh doctor X,pada waktu tu jugak hantu Mary mula marah Nikki dan 'mindcrime' Nikki supaya bunuh diri pulak..Nikki yang dah mula rasa diri dia gila dan sasau akhirnya dengar cakap Mary dan menamatkan riwayat beliau...
Penutup pada cerita ni,kedua2nya hidup bersama dan bahagia kat alam kematian kononnya..


Walaupun lagu2nya tak sehebat album pertama,tapi ada juga beberapa lagu yang best seperti I'm American,Speed Of Light,Signs Says Go,The Chase(duet bersama Ronnie Dio) If I Could Change At All,An International Confrontation,All The Promises (duet dengan Pamela Moore,still power lagi suara makcik ni walau dah 18 tahun lepas album part one)lagu lagu untuk album ni pun pendek durasi nya,setiap lagu tidak melebihi 5 minit.masih lagi boleh di layan walau tak semua lagu best.
Seperti juga filem,tak semua sekuelnya lebih bagus berbanding yang pertama.mungkin ada yang kecewa dengan sekuel ini,tapi pada aku cuma so-so je lah,takda lah teruk sangat pun..cuma yang kritik tu aku rasa memang tak suka kat Geoff Tate kot?Untuk sesiapa yang pernah dengar Operation Mincrime 88 tu,kalau rasa nak tau apa kesudahan ceritanya boleh la dengar album ni..

                                   

3 comments:

  1. hah~ aku dah stop kumpul queensryche

    ReplyDelete
  2. Nak lagi mendalam dan menjiwai epik mindcrime ni. Kalau ko belum ada mindcrime at the moore, aku suggest ko tangkap secopy. Pastikan ada bonus features dia sekali.
    Geoff Tate suara sedap sangat, tapi ntah dia ada masalah kot.

    ReplyDelete
  3. secara jujurnya aku tak pernah duduk dan dengar betul2 album pt 2 ni...mungkin aku terlampau terpengaruh dengan review2 yang kata ianya tak bagus....

    mungkin satu hari nanti aku patut rileks2...pegang lirik dan dengar semula album ni...

    ReplyDelete