Saturday, 16 November 2013

Queensryche - Operation Mindcrime (1988)


Antara album progresif rock/metal terbaik terbitan tahun 1988,dan juga antara konsep album (cerita dalam lagu) yang terbaik sama best dengan Iron Maiden - 7th Son Of a 7th Son,album2 King Diamond (Them,Abigail dan Conspiracy) dan juga Dream Theater Metropolis Part 2.

EMI Manhattan New York
Walaupun dah lebih 25 tahun album ni di riliskan,seperti kata bro deaf,jalan cerita dalam album ni masih lagi relevan hingga sekarang,keadaan dunia masa sekarang pun ada lagi korupsi,dan konspirasi dan masih lagi fresh dan juga menjadi pilihan bagi peminat baru Queensryche.Geoff Tate cerita,idea untuk menghasilkan konsep album ni sebenarnya beliau selalu lepak minum2 dengan kawan2 dia yang terlibat dalam bidang politik.kemudian dia mula membuat basic storyline tentang album mindcrime berseorangan.selepas tu baru lah beliau dan Chris Degarmo (gitar) merangka lagu2 untuk album ni.

geoff tate (vokal) chris degarmo (gitar)michael wilton (gitar) eddie jackson (bass) scott rockenfield (drum)

Semua lagu dalam ni memang best,bila layan album ni,satu lagu pun aku tak skip.untuk sapa2 yang baru nak melayan album ni memang kena layan dari mula sampai habis la,kalau tak memang tak faham jalan cerita Mindcrime ni.lagu paling epik dan best ialah lagu Suite Sister Mary lagu yang berdurasi selama 10 minit lama nya,dengan penyanyi undangan dan juga pelakon yang menjadi watak Mary dalam cerita ini iaitu Pamela Moore.suara dia memang mantap dan powerful gitu.
Secara ringkasnya cerita dalam album ni mengisahkan Nikki,seorang penagih dadah yang telah di 'mindcrime' oleh Doctor X,untuk membunuh ahli2 politik dan juga ketua2 agama di amerika,supaya cita2 revolusi dan legasi Doctor X tercapai.Doc X juga telah mengupah Mary seorang pelacur yang telah menjadi paderi wanita untuk membantu Nikki.nak di jadikan cerita,Nikki dan Mary dah di lamun cinta,yang menyebabkan Doctor X bengang dan telah mindcrime Nikki untuk bunuh Mary pulak..

setlist.15 lagu dalam album ni yang memang best giler

Album yang juga menjadi sumber inspirasi bagi Dream Theater,memang the best rock album sepanjang zaman,kalau album ni berada dalam kategori filem,aku rasa memang dah comfirm menang filem terbaik bagi Academy Awards.sebab tak terlintas kat fikiran pun yang akan ada band buat concept album sebegini.so,bagi peminat progresif metal/rock kat luar sana yang tak tau apa itu concept album,boleh dengar album ini,muziknya tak berapa berat dan mudah di hadam dengan sedikit tempias glam rock (tahun 88 memang zaman kegemilangan glam rock juga) yang tak lah ketara sangat.kompem korang mesti suka punya..

10/10 *

Queensryche - I Remember Now/Anarchy X/Revolution Calling live

5 comments:

  1. Yep, perfection nye album...

    Ko cakap aku setuju, kalau ni filem, memang deserve dapat pujian dan acclaim. Kalau bruce dickinson aku rasa cemburu giler ngan penerbitan album ni, boleh agak cammana la.

    ReplyDelete
  2. yang ni best sayangnya Operation: Mindcrime II sedikit hampeh...

    ReplyDelete