Sunday, 10 November 2013

Ikan Pekasam

Antara makanan kegemaran aku sejak dah pekena dia punya rasa sebelum ni..




Ikan pekasam memang amat popular di negeri bahagian utara semenanjung.dan mungkin juga ikon makanan tradisional bagi negeri Perak,ikan pekasam ini adalah makanan peram tradisi dan yang paling tahan lama.(boleh bertahan sehingga 1 tahun lamanya)
Menurut Wikipedia,ikan pekasam turut di sebut oleh Sir Richard Olof Winstedt dalam buku karangan beliau The Circumstances Of Malay Life.The Kampong.The House.Furniture.Dress And Food terbitan tahun 1909.
Walaupun proses membuat ikan ni macam senang,dengan menggunakan garam kasar,asam keping dan beras yang di goreng,tapi cara atau skill nak membuatnya tu kena buat dengan hati2..ini kerana untuk menjaga kualiti isi ikan agar tak cepat rosak atau busuk.

Aku kalau makan nasi cuma berlauk kan ikan pekasam ni pun memang dah berselera sangat dah..heheh..di goreng bersama dengan potongan bawang putih dan merah..perghh..memang sedap!

ikan pekasam yang dah siap di goreng
Ada beberapa jenis ikan yang di gunakan untuk buat ikan pekasam ni,biasanya menggunakan ikan air tawar.antaranya seperti ikan belida,lampam,talapia,loma,haruan dan ikan sepat.tapi pilihan aku yang aku rasa paling best ialah ikan loma,lampam,belida dan sepat,kalau goreng lebihkan bawang,lagi bertambah selera makannya..heheh

Pada sesiapa yang tak pernah lagi penangan ikan pekasam,boleh try,sekali rasa mesti nak lagi macam aku..kalau tak percaya boleh tanya kat bro Wanberuas dan juga duktur Bentara heheh..
terbaikkk..

10 comments:

  1. Aaarrghhh this is madness! Entri ni buat aku lapar jer haha

    ReplyDelete
  2. Tak pernah try...tak kawin ngan org perak...heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh..kat pasar larkin kadang2 ada jual jugak bro

      Delete
  3. nak sedap... try haruan... perghh.... aweks lalu kat belakang tak perasan.. ( sebab orang rumah ada kat depan... )

    ReplyDelete
  4. arghh...malam ni nak suruh wife masak la. ada sepeket mak mertua bagi minggu lepas. hehe. teman half orang bota kiri,ni feveret teman. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh..memang layan ikan pekasam ni kan.sedap woo

      Delete
  5. Aku reti makan je, nama tak tahu.

    ReplyDelete