Monday, 18 November 2013

Jatuh Bangun Rock

Hari sabtu itu hari 16/11/2013 aku ada baca surat khabar Utusan Malaysia artikel pasal rock yang pernah popular pada era 80an dulu..


Dulu muzik ni selalu di pandang remeh dan di kaitkan dengan gejala negatif walaupun bukan semua band2 rock yang terlibat dengan gejala terbabit.so sabtu lepas Utusan Malaysia siarkan 2 muka surat penuh artikel pasal rock 80an ni,interview dengan otai2 rock,dan kisah band2 yang dah jadi lagenda sekarang ni..

Kalau nak baca artikel tu klik je kat gambar tu..
Interview dengan Ali Bakar.dia ni memang legend la,kalau tak kerana dia ni,memang tak meriah dan takkan wujud muzik yang di panggil 'rock kapak' ni.Ali Bakar adalah orang yang bertanggungjawab menaikkan scene rock dan pernah menjadi pengurus band2 rock terkenal satu ketika dulu.kira beliau ni 'Rod Smallwood' versi melayu la.cerita beliau memang menarik,bagaimana mula2 nak naik kan scene rock ni dulu,dengan ego band2 rock dulu tanak nyanyi dalam bahasa melayu kononnya tak up to date,tapi beliau berjaya meyakinkan band2 rock ni semua sehinggalah dengan rilisnya album kompilasi 'Battle Of The Bands' yang menampilkan antara band2 rock yang dah jadi legend sekarang ni seperti Lefthanded,Ella And The Boys,SYJ,Bloodshed dan Rahim Maarof & Whitesteel.Ali Bakar cerita,ramai yang tak tau sebenarnya album Battle Of The Bands ni penerbitnya adalah Allahyarham M.Sharif The Zurah II (kumpulan pop yeh yeh yang popular di era 60an dulu)ceritanya lagi,Allahyarham M.Sharif sebenarnya memang rockers sejati yang hebat yang di akui sendiri oleh Ali Bakar.


Isu rambut panjang pada masa tu hinggakan sampai di bawa ke parlimen.cerita Amy Search pasal muzik rock yang dah sampai ke penghujung.era 90an memang dah banyak band rock leleh yang main lagu semua jiwang tak ingat punya..(era 90an memang aku dah start jadi mat thrash kental..memang tak dengar lagu meleweh ni..heheh)


Interview dan cerita pasal band lagenda dari Perak.SYJ/Sofea memang antara band yang muziknya 'menentang arus' pada ketika itu dengan lagu paling heavy mereka pada era 80an seperti 'Hati Syaitan' Orang Timur' dan 'Mata Sepet'.patutnya reporter tu tulis la tajuk dia 'imej nakal' bukan imej ganas.sebab pada aku SYJ bukan lah bawa imej ganas sebaliknya imej 'bad boys' ala Motley Crue dan Poison.memang tak boleh di sangkal lagi SYJ ialah band lagenda terbaik.

gambar band rock dulu dulu


Cerita pasal rock,mesti mau ada legend papa rock Ramli Sarip ni,beliau menceritakan pasal rockers dulu dan sekarang..mat rock dulu walaupun rambut panjang dan selekeh,tetap berbudi bahasa,sopan tutur kata dan menghargai peminat dan semangat setiakawan antara band members.papa rock ni baru saja mendapat gelaran dato Ramli Sarip.greatest legend of all time..


Cerita pasal rock dulu dulu memang tak sah kalau tak di ceritakan pasal kasut yang boleh di katakan legend juga ni.iaitu kasut Aliph.Ali Bakar cerita,dulu Aliph ni pernah jadi penaja untuk Search,tapi Search tanak pakai kasut ni pasal masa tu barangan buatan Malaysia sapa yang nak pakai.tapi tanpa di sangka,lepas je Search pakai kasut ni,serta merta jadi ikutan dan trend.kasut Aliph ni sebenarnya keluaran company kasut Bata.kalau sekarang tengok kat mudah.my, harga dia dah mencecah sampai rm 1000 sebab dah jadi rare..

Semuanya yang tinggal hanya lah kenangan dan menjadi lipatan sejarah dalam arena muzik rock di Malaysia.rock jalan terusss...

Err..out of topic jap nak tunjuk gambar lagi satu ni..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Awek gua cakap dia dah bosan berambut panjang,gua tak bagi potong pun dia nak potong jugak..heheh..


11 comments:

  1. Thanks for sharing beb...nak harap aku beli surat kabo utusan ni memang jangan harap lah...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun jarang beli utusan ni..di sebabkan tenampak cerita ni kat tempat keja haritu..

      Delete
  2. nak selongkar sokaba opis kat rumah guard, mesti ada punya utusan semalam

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing.. artikel2 menarik..

    ReplyDelete
  4. Thanks for the info...agaknya kementerian gam kumpulan rock ni keluar TV sebab nak lakukan kumpulan rap kot...hampeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. No problem..
      Mungkin jugak kot..lagu fiona tu dulu sampai makcik2 pun hafal..hahaha

      Delete
  5. err... last tu minah rock ke????

    ReplyDelete
  6. Jennifer Lawrence awek lu ke bro? Tahniah....mintak sign! Aku peminat filem The Hunger Game hahaha

    ReplyDelete
  7. Faizal : dah tak rock pasal da potong rambut

    Adi : ni jadi rebutan antara aku ngan berteromber..hahah

    ReplyDelete