Saturday, 23 November 2013

Hours (2013)


Filem ni belum lagi di tayangkan kat US,tapi aku dah dapat dvd nya..(dvd jack sparrow la..)
Pada mulanya tengok pada tajuk aku fikirkan movie B grade,tapi bila tengok pelakonnya ialah Paul Walker pelakon yang terkenal dengan francais filem The Fast And The Furious,aku layankan jugak..

Berbeza dengan filem lakonan beliau dalam filem Vehicle 19 sebelum ni yang agak hampeh,ternyata bila dah tonton filem ni takda la aku kecewa buat kali kedua..

Ceritanya mengisahkan tentang Nolan Hayes(Paul Walker) yang berada di hospital New Orleans untuk menemani isterinya yang nak bersalin anak pertama mereka,pada ketika taufan Katrina sedang melanda negeri tersebut.dalam keadaan kelam kabut kat hospital tu,isteri Nolan meninggal dunia ketika melahirkan anak pertama mereka.walaupun sedih,tapi Nolan gembira dengan kelahiran anak pertama mereka.keadaan menjadi semakin rumit apabila pihak hospital terpaksa memindahkan semua pesakit dan pekerja ke tempat yang lebih selamat,Nolan yang terpaksa tinggal di hospital bersama anaknya hanya menunggu bantuan yang di janjikan tak kunjung tiba..(takmau spoiler..kena tengok sendiri..heheh)
Pada sesiapa yang dah biasa dan suka dengan filem yang bergenre 'survival thriller' seperti 127 Hours,Buried,Cast Away,dan Life Of Pi filem ini memang untuk anda..walaupun jalan cerita dia nampak biasa2,tapi mesej yang di sampaikan cukup berkesan..bagaimana kasih seorang bapak yang sanggup berkorban demi anak kesayangan.

3/5 *






6 comments:

  1. Based on true story ke movie ni bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak di nyatakan pun..tapi mungkin bedasarkan dari kisah benar juga agaknya..

      Delete
  2. Macam menarik...nanti cari versi sedut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar pun dah clear..bukan cinema copy..

      Delete
  3. Suka cara ko gezek cerita ni semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau spoiler nanti ramai yg marah deaf..heheh

      Delete