Setahun yang lalu pernah cerita juga pasal ni DI SINI
Hobi merupakan aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran seseorang.Tujuan hobi adalah untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan, bukan mendapat pulangan. Terdapat pelbagai jenis hobi seperti mengumpul, membuat, membaiki, bermain dan pendidikan dewasa.
Ada hobi percuma dan ada yang memerlukan belanja. Sebagai contoh, hobi mengumpul setem adalah percuma jika sekadar mengumpulkan setem terpakai, tetapi ia bertukar menjadi hobi yang memerlukan belanja apabila pengumpul jemu dengan kesukaran mendapatkan pelbagai setem secara percuma. Pelbagai jenis setem yang menarik perlu dibeli, malah setem yang baru terbit harganya mahal.
Memancing adalah hobi yang memerlukan belanja dan menghasilkan pulangan. Belanja diperlukan untuk membeli alat pancing utama seperti joran dan umpan, alat pancing sampingan seperti bot, khemah, lampu dan sebagainya. Pulangannya adalah ikan dan hadiah pertandingan memancing. -Wikipedia
Cerita pasal hobi,aku rasa geng2 blog ni pun ada hobi masing2kan? kumpul cd/lp/dvd,kumpul poster artis pujaan yang di minati,kumpul kaset,kumpul alat muzik macam gitar,bass ataupun alat2 muzik klasik.dan apa yang pasti,semua hobi yang di minati tu berpaksikan hanya satu,iaitu muzik.cuma sejak kebelakangan ni aku ada jumpa beberapa golongan yang meminati muzik,tapi suka memperlekehkan hobi atau minat orang lain.antara yang pernah aku jumpa ialah seperti berikut:
1.Aku masuk speedy video minggu lepas,niat memang nak cari dvd Wings Rockestra,tapi takda belum sampai lagi kata sales girl speedy tu,dan selepas tu aku terdengar pebualan antara 2 orang awek ni pasal album terbaru Yuna.yang seorang ni aku tengok cd Yuna tu dan terus nak pegi kaunter nak bayar kawan dia lagi seorang halang sambil cakap "mahal ni,cari yang pirate je la" kawan yang lagi seorang cakap (yg pegang cd Yuna tu) "takpa memang aku nak buat koleksi ni,tengok content dia menarik".aku yang dengar hanya geleng kepala,dah hobi budak tu kan,apa salahnya dia nak beli pun,aku gerenti budak yang tak kasi beli tu mesti dia pinjam cd member dia tu rip ke mp3 terus masuk kat smartfon beliau.
2.Pernah sekali masa aku nak balik dari Amcorp Mall,terserempak dengan sorang mamat ni,pasal dia nampak aku pakai tshirt King Diamond 'Abigail' dan dia pulak pakai baju Morbid Angel,atas dasar etika permetalan sedunia kami pun bertegur sapa..kita pun bercerita la pasal muzik yang di minati,dan dia pun belek la rekod aku yang baru di beli so nak di jadikan cerita dia pun bertanya "kalau sebulan berapa bro bajet untuk beli rekod2 ni semua?" secara jujurnya aku jawab "kalau sekarang ni nak beli rekod bukan la tiap2 bulan,tengok pada bajet jugak la,biasanya aku akan selesaikan yang mana lebih penting,kalau bulan tu ada lebihan untuk duit hiburan memang aku beli" dan dia jawab "Oh macam tu,kenapa tak download je bro?kan membazir beli macam ni semua?macam aku kesemua album2 Morbid Angel ada dalam koleksi mp3 aku,semua album2 metal dari Sepultura sampai European punya Black Metal pun aku ada.external hard disk aku je ada 2 semuanya full dengan album2 metal pelbagai genre" aku jawab "Oh..yeke! poser nya aku! aku satu album Morbid Angel pun aku takda dalam mp3 atau pun lp yang ada penah beli dulu pun versi kaset album Covenant" (ya aku memang poser pasal takda segala tok nenek album metal dari yang baik hingga ke setan menyetan dalam 2 external hard disk dan kumpul mp3 memang hobi dia juga so aku maafkan la)
3.Sama seperti yang di atas,tapi yang ni lagi la..sampai nak datang rumah aku nak melepak dan nak pinjam sekali.padahal baru je kenal pada masa tu,kalau dah lama kenal tu lain la cerita kalau nak datang melepak rumah aku pun kan..ini macam punya orang pun ada..hahah..
Kesimpulannya ialah,kalau dah minat atau dah jadi hobi sesuatu benda tu, jangan jadi golongan seperti di atas tu suka dan minat muzik tapi kedekut untuk keluarkan wang untuk hiburan diri sendiri lepas tu pandai2 pulak nak suruh orang ikut cara dia.kita punya minat/hobi kita punya suka la ya tak?cuma jangan hendak memperlekehkan orang lain..
sebab itu RIM dah turunkan status standard anugerah pencapaian jualan album di Malaysia..5,000(dapat anugerah gold), 10,000(dapat anugerah platinium)....penduduk di Malaysia dah masuk 30juta...hahaha
ReplyDeleteaku dulu pernah kena..membe siap ckp benda yg aku collect tu semua boleh download...aku senyum je..sebab dlm hati aku, aku pnya hobi, aku pnya suka...hahaha
aku rasa kalau hobi yg mendatangkan pulangan (income), tu dah bukan hobi namanya, tapi dah masuk tahap bisnes/keusahawanan
ReplyDeletebtw, ada lagi 1 golongan - golongan yg perlekeh/pertikai/kutuk hobbyist lain sanggup berabis duit utk hobi A... padahal dia juga seorang hobbyist, sanggup perabis duit utk hobi B
jadi, kita sama2 jahat tak baik bergaduh~
aku paling respek ngan hobi orang. apa2 sajalah hobinya, jangan saja hobi jahat2. macam picker tu hobi dorang gila2, siap kumpul benda2 yang orang buang. mmg kepuasan lah utk mereka, ada yang sanggup berabis duit untuk dapatkan apa yang mereka suka.
ReplyDeletemacam aku ni, ada juga hobi tambahan, aku kumpul setem, ngan duit syiling perlimen, itu pun bukan hobi mengejar, macam aku jumpa setem aku bawa balik, dapat duit syiling aku simpan. haha. tak keluarkan bajet hobi. sbb tak utama.
yang utama sekali hobi membeli kaset cd, dan seangkatan ngan muzik metal.
mmg benar ada juga orang yg suka kutuk2 perlekeh hobi orang lain, seolah2 kepuasaan tu hanya lah pada hobinya saja. lagi satu bab kawan baru kenal tu, terus dtg rumah pinjam cd, aku perna kena, last2 hilang sekali ngan cd2 dia pinjam. ni masa aku bujang dulu.
SETUJU SANGAT!! ngan apa tulisan tuan tanah, dan jugak komen2 tuan tanah blog2 lain...
ReplyDeleteHobi tu ialah Passion kita. Kalau dah passion, ia wujud dari sanubari kita. Cehhhhh
zaman budak2 sekolah rendah dulu kalau cikgu tanya apa hobi...aku jawap membaca dan mengumpul stem....skema betul jawapan....hahaha...
ReplyDeletetapi betul...kecik2 dulu aku pernah kumpul stem...
cerita putus asa kumpul setem...
Deletesapa la budak yg *berbaju Morbid Angel tu ek? kesian...
ReplyDeletehobi kita hobi buang duit hehehe...