Monday 9 February 2015

A Most Violent Year (2014)


Antara filem drama berat yang di tonton..




Selama ni kalau aku layan filem yang bergenre drama berat sebegini memang aku jarang review,aku tau mesti ramai yang tak suka punya..heheh..aku layan pun sebab tak boleh nak tidur malam haritu..

Filem ini berlatar belakang pada era awal 80an,iaitu pada tahun 1981 di New York yang di katakan ' the most violent years of city's history'. filem yang bergenre kan 'crime drama' ini mengisahkan Abel Morales,yang memiliki syarikat minyak yang bernama 'Standard Oil' telah mengalami berbagai rintangan untuk mengukuhkan syarikat beliau.di mana lori2 minyak kepunyaan beliau telah di rompak,sabotaj ke atas syarikatnya,dan juga keluarga beliau telah di ugut bunuh.tetapi beliau sebolehnya mahu menstabilkan syarikat beliau itu dengan pelbagai cara.

Memang rumit sedikit jalan ceritanya,lakonan Oscar Isaac dan Jessica Chastain memang terbaik.(Oscar Isaac sebelum ini hanya di kenali sebagai pelakon pembantu seperti dalam filem 'Body Of Lies','Bourne Legacy','Agora',dan 'Robin Hood')melalui filem ini Oscar juga menerima pujian dan tercalon sebagai aktor terbaik di anugerah 'Indiependent Film Awards'.
Filem ini juga mendapat rating tertinggi dari 'Rotten Tomatoes'.

Pada peminat filem yang bergenre drama berat terutama Berteromber memang kena tonton lah.

*4/5


3 comments: