Strangers ni boleh di katakan 'supergroup' jugak la sebab band membernya semua dari band2 yang agak terkenal pada era rock 80an dulu seperti Black dari kumpulan Wings,Bad dari Handy Black,Mus yang baru je keluar dari May dan Nan merupakan sessionist untuk M.Nasir dan ada side project dengan band Achmad Albar dari Indonesia iaitu band 'Gong 2000' dengan band Saturnine.tahun 92 aku pernah beli kaset Strangers ni hasil duit aku keja kedai makan masa cuti sekolah akhir tahun.album Strangers ini telah di rakamkan di Indonesia.dan sound versi cd ni memang best la.mungkin teknologi rakaman kat Indon masa tu dah canggih kot?
Cuma yang tak bestnya ialah susunan lagu dalam versi cd ni,tak sama seperti yang versi kaset,berterabur susunan lagunya.tapi tak kisah lah,lagu2 dalam album ni memang best.lagu kegemaran aku dah tentu nya 'Paradoks'(lirik dari arwah Loloq yang berseni)pernah cerita pasal Paradoks Kat Sini. 'Kalimantang' (suka part dia cakap 'haa Nan kau punya turn pulak,orait!') 'Satu Pengertian' 'Operasi Bebas''Strangers' (lagu inggeris dalam album ini yang dinyanyikan oleh Mus dengan baik sekali) dan 'Bukit Sunyi' (duet bersama Ais FM) aku pun tak tau siapa dia ni kalau tak silap penyanyi rock dari Indonesia agaknya.tapi lagu 'Bukit Sunyi' memang betul best la dari dulu sampai sekarang dengar pun masih suka lagi..heheh.
Bad jadi Dad.apa daa makin di tegur makin menjadi2 pulak typo dia..heheh |
Kesemua lagu ada hasil dari band member Strangers di bantu oleh M.Nasir (lagu Penentuan) dan juga Ramli Sarip (lagu Sangsi)pada aku album Strangers ini merupakan penutup atau pun berakhirnya era rock kangkang era analog dan bermulanya era digital dengan lagu "mendayu2 + meleweh + jiwang + putus cinta + nak pintal buih jadi permaidani naik ke awangan".sejak dari tu terus tak dengar rock melayu dah.layan teutonic thrash yang jahat dan setan menyetan..heheh.
Kalau sesiapa belum pernah dengar album side project ni,cuba lah dengar,memang best lagu2 rocknya dengan acuan muzik rock yang matang dari Strangers.
'Dewi yang melenggang
Tari gemalai
Sehingga aku pun terpijak...
Oh wayar gitar kromium ku"
gua sokong 100% rafi
ReplyDeleteNan ketika berambut panjang....
ReplyDeleteCeritanya dulu aku beli dua cd ni kat pasar geylang serai. Tinggal satu, aku cerita kat blog, aku datang lagi yang satu pun abis dah.
ReplyDeleteso satu copy aku kasi kat satu bro ni, so dia punye komen bila dia tunjuk kat Black, dia cakap Black tak tahu pun ada keluar cd version.
ni cerita lama la. So its good ada keluar repressing gini
tak perna lagi aku dgr ni,rasa macam nak sambar sekeping
ReplyDeleteaku tak pernah dengar Strangers ni...zaman ni aku true...hahaha...
ReplyDeleteada mp3 je, jadi mesti beli nie sbb otai2 belaka..tapi, ikut selera aku pula, lagu2 dalam album ni kurang menariklah :)
ReplyDeleteaku pernah dgr lagu bukit sunyi aje.. boleh la jgk, vokal mus masih lagi lembut bagaikan sutera.. hehe
ReplyDeleteMakin di tegor makin menjadi jadi biol typonye..rabon ke ape ni..
ReplyDeletealbum best dr supergroup Strangers. yg cd ni ikut versi LP kot susunan lagu ngan cover. aku agak je. lagu Penentuan typo jadik Penentuah...huhu. Bad jadi Dad tu yg tak tahan tu..hehehe.
ReplyDeleteBelum pernah dengar. Menarik, supergroup tuh..
ReplyDelete