Monday, 30 May 2016

Riyadh - Media 88'- 89' ( 1989 ) Reissue 2016






















Aku tak berapa tahu sangat info pasal album ni,dulu kasetnya pun abang aku pernah beli.cuma yang aku tau penyanyi untuk kumpulan ini iaitu Akil Hayy sekarang dah pun jadi ustaz,ceramah beliau boleh tengok di youtube.hanya 2 lagu yang pernah aku dengar di radio suatu ketika dahulu iaitu lagu 'Hanya Ketenangan' dan 'Dugaan'.

Oleh kerana album ni di terbitkan pada ketika zaman kejatuhan rock melayu,menyebabkan kumpulan ini agak kurang di kenali walaupun lagu2 mereka kerap keluar di radio dulu..walaupun mungkin ramai yang kurang mengenali,bila rilisnya reissue ni sekurang2nya generasi baru tau ada rock yang lagi dasyat dari lagu yang mereka dengar sekarang..heheh,,sound untuk reissue ni pun ok,tiada cacat celanya.

Pada anda yang ingin dengar suara ustaz Akill Hayy menyanyi dalam album ini,boleh dapatkan album ini di pasaran .sekali lagi terima kasih dan syabas buat Sony Music.harap lepas ni Sony Music akan reissuekan balik semua album rock lama2.

6 comments:

  1. Suka juga album nie, akan dibeli nanti, sebelum ada mp3 LP rip je..satu lagi lagu slow yg top Bicara ke Juwitaku..kalau lagu rock aku suka lagu Dunia Perhitungan..

    Selingan..Akil Hayy cakap masa interview..
    Kami jugak pernah diketawakan oleh M Nasir. Masa tu seingat saya di perkarangan studio TV3 di Bangsar dan Nasir tanya, “Album D’Riyadh sebelum ni jual berapa banyak?” Kami cakap tak banyak la, ada la dalam belasan ribu. Lepas tu dia boleh cakap, “Hmm… kalau banyak tu nak beli ganja pun tak lepas!”

    Heheh… sampai macam tu sekali dia perli kami. Biasa la, benda-benda negatif dengan rockers memang sinonim kan? Heheh.

    ReplyDelete
  2. aku suka sangat pd riyadh ni .. best gitu

    p/s : album akhil hayy masa jd ustaz ni pun , boleh layan jugak, walaupun nasyid kontemporari, masih ada sentuhan bisa rock pd vokal beliau ni... hidup ustaz akhil hayy.. kih kihh

    ReplyDelete
  3. Mamat rambut rebonding.
    tak minat langsung mamat ni.

    ReplyDelete
  4. tak pernah dengar...ni beli cd reissue baru nak dengar...

    ReplyDelete
  5. lagu Dugaan dlu aku slalu dgr kt kaset dubbing abg aku..dlm tu lgu campur2 dri band2 len.. boleh la tahan lgu2 band ni..
    Aku xminat sgt dgn band ni..tp kena beli la jgk tanda sokongan..kuikui

    ReplyDelete