Album yang telah di riliskan pada tahun 1998 ni adalah kesinambungan dari album The $5.98 E.P.: Garage Days Re-Revisited yang pernah Metallica riliskan pada tahun 1987 dulu.album ni mengandungi 2 cd yang mana pada cd pertama adalah rakaman lagu "cover" terbaru dari band2 dan artis2 yang telah menjadi inspirasi dalam muzik Metallica sepanjang karier mereka di dalam dunia muzik.kebanyakkan nya adalah dari band2 "New Wave Of British Heavy Metal" dari England yang banyak memberikan impak kepada anggota2 Metallica.
Juga terdapat artis undangan dalam album ni yang merupakan kawan2 rapat anggota Metallica seperti Pepper Kennan dari Corrosion Of Comformity,Jerry Cantrell dan Sean Kinney dari Alice In Chains,Jim Martin dari Faith No More,John Traveller dari band Blues Traveller,Les Claypool dari Primus dan Gary Rossington dari band otai Lynyrd Skynyrd.selain tu cd ni di datangkan sekali dengan "booklet" yang menceritak kan sejarah heavy metal dan bagaimana muzik NWOBHM memberi impak dan pengaruh ke atas Metallica
Motorhead punya story pun ada
Eh,ada pakcik King Diamond laa..
Sebanyak 10 rakaman terbaru dari set cd yang pertama..lagu2 yang di cover oleh Metallica dalam cd pertama ni ialah :
1.Free Speech For The Dumb (Discharge)
Sebuah lagu nyanyian asal dari kumpulan Punk Discharge,lagu ni pada asal nya lagu Punk yg di beri nafas baru oleh Metallica dalam acuan Heavy Metal.
2.It's Electric (Diamond Head)
Sekali lagi lagu Diamond Head di cover..sebelum ni Metallica pernah juga cover lagu Diamond Head yang bertajuk "Am I Evil".Diamond Head adalah band kegemaran Lars Ulrich (Drummer).
3.Sabbra Cadabra (Black Sabbath)
Lagu cover dari Black Sabbath.Metallica juga mempunyai hubungan yang amat rapat dengan anggota2 Black Sabbath ni.
4.Turn The Page (Bob Seger)
Lagu asal sebenarnya adalah lagu yang bercorak "country" tapi di olah balik jadi lagi best.James Hetfield cakap ni adalah lagi favorite beliau.dan beliau juga pernah cakap,kalau boleh dia nak cipta lagu yang macam Bob Seger ni buat.lagu ni juga adalah lagu kegemaran aku..mengisah kan suka duka mengharungi kehidupan kat dunia ni..
5.Die,Die My Darling (The Misfits)
Lagu ciptaan Gleen Danzig ni merupakan lagu berbunyi Punk yang sebenarnya.lagu ni mengisahkan seorang lelaki yang kena tinggal ngan awek dia,dia harap sangat bekas awek dia tu cepat mati..hehe
6.Loverman (Nick Cave And The Bad Seeds)
Lagu yang berentak Modern Rock yang pada asal nya muzik Nick Cave ni ialah "southern rock"
7.Mercyful Fate (King Diamond)
Antara trek favourite aku Metallica medley kan semua lagu2 dari album Mercyful Fate pada tahun 83-84 antara lagu yang di medleykan ialah "Satan's Fall", "The Curse Of The Pharoah","A Corpse Without a Soul","Into The Coven" dan "Evil".
8.Astronomy (Blue Oyster Cult)
Juga lagu terbaik dalam list aku.lagu2 dari band Blue Oyster Cult ni memang best2 suma nya..antara band kegemaran aku jugak.
9.Whiskey In The Jar ( Thin Lizzy)
Lagu yang berentak southern rock ni macam dengar album Metallica "Load" dan "Reload" agaknya Metallica ambik sikit stail muzik Thin Lizzy ni kot?
10.Tuesday's Gone (Lynyrd Skynyrd)
Lagu ni di main kan secara live bersama pemuzik undangan yang aku ceritakan tadi.lagu yang berentak ala2 Blues ni pun bole tahan jugak la.
11.The More I See ( Discharge)
Lagi satu lagu dari band Punk Discharge yang di cover oleh Metallica..aku tak suka sangat lagu ni.
Disc 2 ;
Lagu2 dari cd ke 2 ni adalah dari rakaman tahun 1987 dahulu.
The $5.98 E.P.: Garage Days Re-Revisited (1987)
1. Helpless (Diamond Head)
2.The Small Hours (Holocaust)
3.The Wait ( Killing Joke)
4.Crash Course In The Brain Surgery (Budgie)
aku pernah citer pasal band Budgie ni dulu..boleh tengok kat blog aku yang lepas.
5.Last Caress/Green Hell (Misfits)
Pada penghujung lagu ni Metallica ada memainkan sedikit lagu Iron Maiden yang bertajuk "Run To The Hills" dan Iron Maiden respond lagu ni dalam B Side cover dari lagu "Montrose" dengan tajuk "Space Station No.5"
6.Am i Evil (Diamond Head)
Lagu favourite aku dan lagu ni penah jugak band2 rock kapak Malaysia ni ciplak sikit2 lagu ni.
7.Blitzkrieg (Band Blitzkrieg)
Lagu ni pun aku suka jugak.memang berbunyi ala2 Judas Priest dan Iron Maiden
8.Breadfan (Budgie)
9.The Prince (Diamond Head)
10.Stone Cold Crazy (Queen)
Metallica juga meminati Queen dan cover lagu ni.
11.So What? (Anti Nowhere League)
Lagu yang asalnya adalah lagu Punk dan lirik lagu ni penuh dengan carut marut dan caci maki..hehe
12.Killing Time (Sweet Savage)
Lagu Killing Time ni adalah lagu dari band dan gitaris yang boleh di kata kan lagenda jugak iaitu Vivian Campbell yang pernah join band Def Leppard.
Motorheadche (Hero Of The Day Singles 1995)
Metallica memainkan kesemua lagu Motorhead ni secara live ketika hari jadi Lemmy Kilmister (penyanyi/pemain bass Motorhead)pada sambutan hari jadi Lemmy yang ke 50.Metallica juga memakai pakaian seperti anggota2 Motorhead di zaman muda nya pada malam tersebut.lagu2 yang di mainkan ialah :
Overkill
Damage Case
Stone Dead Forever
Too Late Too Late
Kesimpulannya,walaupun Metallica dah terkenal di serata dunia..tetapi mereka tak pernah lupa pada pemuzik2 yang pernah menjadi sumber inspirasi mereka..dan mereka jugak tidak rasa malu untuk memberikan penghormatan pada idola2 mereka ni..
ini djaman blm ada org komen :)
ReplyDelete